Tanggal 27 Januari merupakan tarikh pemergian pengasas gudang perabot yang terkemuka dari Sweden, IKEA iaitu Ingvar Kamprad.

Ingvar menghembuskan nafas yang terakhir pada usia 91 tahun di kediamannya yang terletak di Småland, Sweden.

Jean-Christophe Bott/EPA

Kematian pengasas IKEA ini telah diumumkan sendiri oleh wakil syarikatnya yang memaklumkan Ingvar meninggal dunia dalam keadaan tenang. Mendiang turut dilaporkan dikelilingi insan-insan tersayang semasa nazak.

“Kami berkabung atas kehilangan pengasas dan rakan baik kami, Ingvar. Legasinya akan terus menjadi inspirasi untuk masa hadapan dan matlamatnya untuk memudahkan kehidupan orang ramai akan terus menjadi panduan dan inspirasi kami,” ujar Jesper Brodin, CEO dan Presiden IKEA Group.

The Star

Berkenaan riwayat hidup beliau, Ingvar telah dilahirkan pada tahun 1926 di Småland dan membesar di perumahan dalam ladang. Memandangkan keluarganya miskin, Ingvar membantu mencari sumber pendapatan dengan menjual mancis dan pensil di kawasan perkampungan.

Seawal usia 17 tahun, Ingvar berjaya menubuhkan IKEA, empayar perniagaan yang akhirnya menjadikan beliau sebagai salah satu individu terkaya di dunia!

Walaupun diisytiharkan sebagai individu kelapan terkaya dunia dengan nilai aset mencecah RM228.9 bilion, Ingvar menegaskan bahawa rumahnya hanya bersifat sederhana dan beliau tidak mempunyai harta sebenar. Malah, syarikat IKEA tersebut juga dipegang oleh badan amal kebajikan.

 Inter Ikea Systems B.V., via European Pressphoto Agency

Akan tetapi, menurut laporan New York Times, kediaman milik pengasas IKEA merupakan sebuah vila yang berhadapan dengan Tasik Geneva selain mempunyai sebuah estet di Sweden dan ladang anggur di Provence.

Menjelang tahun 1956, IKEA mula mengeluarkan produk perabot yang boleh dilipat hasil cetusan idea Ingvar. Idea ini diperoleh sewaktu Ingvar melihat seorang pekerja mengalihkan kaki meja untuk memuatkan meja berkenaan di dalam kenderaan pelanggan.

Pada waktu itu, Ingvar menyedari dengan mencipta perabot mudah lipat, ia bukan sahaja mampu menjimatkan kos pengangkutan tetapi juga ruang penyimpanan dan ruang pameran jualan di gudangnya.

Sweden

Selepas tahun 1988, Ingvar tidak lagi memegang peranan penting dalam bahagian operasi IKEA. Walau bagaimanapun, dia tetap memberikan sumbangan kepada empayar tersebut sebagai penasihat kanan syarikat.

IKEA telah ditubuhkan pada tahun 1943 dan sehingga kini mempunyai lebih daripada 160 cawangan di 29 buah negara!

Sumber: SAYS

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds