Kecil tetapi ditakuti. Itulah serangga yang paling dibenci oleh penduduk di dunia – lipas! Ia sememangnya sejenis serangga perosak yang kotor kerana memiliki kombinasi bakteria, virus dan kulat. Sudahlah kotor, menghapuskannya daripada rumah kita pun agak sukar. Pasti rata-rata daripada kita mempunyai memori yang pahit dengan lipas. Seperti seorang wanita yang berasal dari Singapura ini yang berasa panik sehingga terlanggar jejantas pejalan kaki sewaktu memandu kerana ternampak seekor lipas berada di dalam keretanya.

Kredit foto: The Straits Times

Menurut The Straits Times, kemalangan berkenaan berlaku pada hari Jumaat, 26 Januari yang lalu berhampiran Jurong East Central.

Kereta Mazda merah milik wanita itu terkeluar daripada jalan raya dan ternaik ke bahagian tepi lokasi tangga untuk pejalan kaki menaiki jejantas. Bahagian depan bumper kereta itu merempuh tangga jejantas, menyebabkan ia remuk-teruk.

Kredit foto: The Straits Times

Menurut laporan The Straits Times, wanita yang berusia 61 tahun itu dikatakan hilang kawalan setelah terlihat penampakan serangga berkenaan  sehingga dia memandu dan terlanggar jejantas terbabit. Dia yang cedera ringan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Kredit foto: Terminix

Anak lelakinya tiba di lokasi kejadian setelah kemalangan tersebut berlaku. Kemalangan berkenaan masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Tenor

Sumber: SAYS

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia Automobil

Video Popular

Ad will display in 09 seconds