Dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar pada masa kini, amat sukar bagi kita untuk berjimat dalam perbelanjaan harian berdasarkan pendapatan yang diperolehi setiap bulan.

Dengan punca pendapatan yang tidak meningkat, harga barang semakin meningkat dan kita tidak mempunyai pilihan selain terpaksa membeli barang yang sama dengan harga yang berlainan.

Di bawah adalah cara berkesan untuk menjimatkan perbelanjaan barangan keperluan dapur pada setiap bulan.

1. Buat satu senarai barangan keperluan dapur yang perlu dibeli sahaja

Kredit : hemophiliafed.org

Senaraikan barangan keperluan dapur yang perlu dibeli sahaja. Dengan membuat senarai yang perlu dibeli, perbelanjaan akan dapat dikawal dan boleh menjimatkan.

Jika boleh senaraikan sekali bersama harga berdasarkan resit pembelian dari bulan yang lalu supaya anda boleh menghadkan perbelanjaan kepada apa yang mahu dibeli sahaja. Disamping itu anda boleh membandingkan harga untuk mendapatkan barangan dengan harga lebih murah.

Selain menjimatkan perbelanjaan, dengan membuat senarai barangan keperluan yang perlu dibeli, anda juga akan dapat menjimatkan banyak masa semasa membeli-belah.

2. Jangan pergi membeli-belah dalam keadaan perut yang sedang lapar

Kredit : thestar.com.my

Apabila anda berasa lapar semasa sedang membeli belah, badan akan mencari sumber tenaga yang paling cepat seperti melihat coklat, gula-gula atau snek makanan ringan untuk dipenuhkan ke dalam troli sebagai barangan sampingan yang perlu dibeli bersama barangan keperluan dapur.

Tambahan makanan ringan yang tidak diperlukan ini bukan sahaja meningkatkan perbelanjaan dalam membeli barangan keperluan dapur yang perlu tetapi ia juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi, sebelum pergi membeli belah, isi perut anda dengan kenyang terlebih dahulu semasa berada di rumah.

3. Jangan lupa untuk memeriksa semua barangan pada rak gondola dari tengah, atas dan bawah

Kredit : Malay Mail Online

Apabila berada di pasaraya, pembeli pasti akan melihat tepat ke arah rak susunan barangan pada bahagian tengah terlebih dahulu.

Kebanyakan pasaraya meletakkan produk barangan yang laris dijual di bahagian tengah bersama-sama produk baru diperkenalkan di bahagian itu. Dan selalunya harga barangan di sini lebih mahal dari bahagian lain.

Manakala produk barangan yang kurang laris selalunya diletakkan di bahagian atas atau yang berharga murah serta kurang berkualiti  di bahagian bawah.

Ada pula rak berlainan yang mempamerkan produk barangan keperluan yang laris pada harga promosi sahaja.  Sebenarnya taktik seperti ini sudah biasa digunakan oleh pasaraya sebagai sebahagian strategi pemasaran dan jualan.

Jadi sebagai pengguna yang bijak, anda perlu memeriksa rak dan melihat produk barangan keperluan dapur mana yang paling murah, berkualiti dan berbaloi untuk dibeli pada  harga yang paling menjimatkan.

4. Membeli-belah secara borong atau pukal

Kredit : Butterkicap

Membeli-belah barangan keperluan dapur secara borong akan dapat mengurangkan kos membeli barangan keperluan yang kita sudah tahu akan digunakan pada setiap bulan.

Membeli barangan dapur yang dapat bertahan lama secara borong adalah lebih menjimatkan. Contoh seperti membeli beras, minyak masak, sabun pencuci dan lain-lain di kedai borong yang menawarkan harga barangan yang lebih murah.

Jika terdapat jualan promosi atau penghabisan stok di pasaraya, sebaiknya anda menggunakan peluang ini untuk membeli barangan keperluan tersebut dalam jumlah yang banyak supaya anda dapat berjimat dari membeli barangan keperluan ini selama beberapa bulan akan datang.

5. Tahu membezakan barangan keperluan dapur apa yang boleh dibeli secara borong atau pukal

Kredit : Fruitnet.com

Seperti mana yang dinyatakan di atas, hanya barangan keperluan dapur yang dapat bertahan lama sahaja yang boleh dibeli secara borong atau pukal.

Barangan keperluan dapur segar seperti sayur, daging dan ikan tidak boleh dibeli secara borong untuk simpanan bulanan. Paling lama ia dapat bertahan dalam keadaan yang segar adalah selama tempoh tiga hari hingga seminggu. Selebihnya, jika disimpan, ia akan menjadi busuk dan ini adalah pembaziran. Kecuali barangan makanan kering, elakkan dari membeli barangan dapur segar secara borong untuk simpanan tempoh masa lama.

6. Bercucuk tanam dan amalan pertanian di rumah adalah salah satu cara penjimatan perbelanjaan

Kredit : The Straits Times

Biasanya kita akan pergi ke pasar untuk membeli cili masak dan cili padi, seikat daun pandan, serai, daun limau purut dan limau kasturi serta seikat daun bawang dan daun sup walhal kesemua keperluan bahan memasak ini boleh sahaja kita menamannya di dalam pasu atau di tepi halaman rumah.

Jika kita menanam sendiri sayur-sayuran, ulam-ulaman serta tanaman herba yang mudah tumbuh dan dijaga, cuba kita hitung dan congak berapa banyak perbelanjaan barangan keperluan dapur basah yang dapat kita jimatkan melalui amalan pertanian di rumah ini.

7. Jadilah ahli dalam program keahlian pasaraya

Kredit : Aida The Pinky

Jika anda sering berbelanja di pasaraya besar dan borong yang terdapat di merata tempat berdekatan rumah anda, pastikan anda mempunyai kad keahlian dari pasaraya tersebut untuk mendapat mata ganjaran dari membeli-belah.

Apabila sudah dapat mengumpul mata ganjaran yang mencukupi, anda akan diberi kupon atau baucar diskaun untuk membeli barangan. Disamping itu anda akan dapat menikmati beberapa keistimewaan sebagai pelanggan yang mendapat potongan harga khas pada Hari Ahli, baucar hari jadi dan sebagainya. Ada masanya, anda akan dapat berjimat dengan banyak melalui cara ini.

Gunakan cara-cara ini. Pasti anda akan dapat berjimat dan mengurangkan perbelanjaan bulanan.

Sumber : says.com

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Ekonomi GAYA HIDUP

Video Popular

Ad will display in 09 seconds