Alat permainan untuk bayi dan kanak-kanak seharusnya adalah satu permainan yang direka dengan baik, tidak mengandungi unsur bahaya dan beracun. Namun terdapat beberapa mainan kanak-kanak dengan rekaan yang gagal, menakutkan dan tidak masuk akal dijual di pasaran.

Kegagalan rekaan alat mainan ini tidak sepatutnya terjadi kerana perkara ini hanya akan mengelirukan kanak-kanak. Mereka mungkin akan mengalami trauma disebabkan rasa takut terhadap alat mainan yang sepatutnya menenangkan dan akan menyebabkan mereka tidak mahu bermain. Hal ini hanya akan memburukkan zaman kanak-kanak mereka.

Berikut adalah 17 alat permainan kanak-kanak yang gagal direka, menakutkan dan tidak masuk akal yang dijual di pasaran. Orang dewasa terutamanya ibu bapa pasti berasa marah dan kesal dengan tindakan pengeluar barang mainan tersebut yang seolah-olah menunjukkan mereka tidak peka dengan dunia kanak-kanak.

#1 “Saya adalah bayi yang baik. Mari bergembira bersama!” Tidak kena langsung dengan mimik muka anak patung ini. Ia sungguh menyeramkan!

Kredit foto: Bored Panda

#2 Hidung Cinderella nampaknya tidak kena pada tempatnya!

Kredit foto: dagrass

#3 Kedudukan straw ini tidak begitu baik. Ia mengundang perspektif negatif.

Kredit foto: lskoch5

#4 Anak patung yang tidak sesuai langsung untuk anak-anak perempuan kita!

Kredit foto: Bored Panda

#5 Deskripsi elmo yang terdapat pada kotak itu ternyata jauh berbeza daripada yang dipamerkan di dalam kotak. Elmo yang menakutkan kanak-kanak!

Kredit foto: fredrick99

#6 Saya benar-benar tidak menyangka pengeluar melakukan penipuan seperti ini!

Kredit foto: mgnthng

#7 Syarikat yang menghasilkan beruang mainan ini telah melakukan penipuan yang licik!

Kredit foto: vilapon

#8 Sepatutnya lampu meja ini dapat menghindarkan anak-anak daripada takut kegelapan, tetapi lain pula yang jadi!

Kredit foto: Brilliant999

#9 Jika santa kelewatan, anda tahu apa sebabnya.

Kredit foto: nickyjanefeenie

#10 Mainan dinosaur tidak kelihatan garang tetapi lebih kepada ‘saya sudah tua dan letih!’

Kredit foto: Itsajamesday

#11 Barangkali Winnie The Pooh sakit gigi dan menunggu giliran untuk bertemu dengan doktor gigi.

Kredit foto: pheromonekvlt

#12 Botol susu itu sepatutnya diwarnakan dengan warna putih.

Kredit foto: dadcastuk

#13 Bagaimana kanak-kanak dapat belajar dengan betul sekiranya barang mainan juga mengalami kecelaruan identiti?

Kredit foto: AshVasquez

#14 Menakutkan!

Kredit foto: Mc237269

#15 Inilah ‘ekspresi sebenar’ sebuah anak patung.

Kredit foto: HufflepuffHomey

#16 Berapa banyak hidung yang sepatutnya dimiliki oleh mainan ini?

Kredit foto: knucklebater

#17 Permainan Harry Potter ini sepatutnya lebih menceriakan tetapi…

Kredit foto: Bored Panda

Sumber: Bored Panda

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds