Keluarga dari Itali ini mendapat perhatian di seluruh dunia kerana dikatakan memiliki sindrom yang sangat jarang dan unik.

Enam orang anggota keluarga Marsili ini dikhabarkan tidak merasa apa-apa kesakitan walaupun pernah ditimpa kemalangan kecil.

Mereka adalah Marian Domenico, 78, dua anak perempuannya, Maria dan Letizia dan anak-anak mereka, Ludovico dan Virginia.

Letizia mendakwa dia boleh menahan rasa sakit sejak zaman kanak-kanaknya. Oleh itu, dia dipanggil ‘superwomen’ oleh rakan-rakannya pada masa itu. Beberapa ahli keluarga lain, terutamanya Marian yang juga pernah mengalami kepatahan tulang tanpa dia sedari.

Keluarga Marsili mempunyai gen mutasi yang sangat jarang berlaku, membolehkan mereka tidak merasakan apa-apa kesakitan 

Semasa cuti musim sejuk, Letizia secara tidak sengaja telah terseliuh pada pergelangan kakinya. Apa yang menghairankan, dia dapat berjalan tanpa sebarang masalah, walaupun kakinya membengkak selama dua minggu.

Anaknya, Bernardo, sebaliknya, telah jatuh dari sebuah basikal sehingga menyebabkan lengannya patah tetapi dia juga tidak menyedarinya.

Kakak Letizia, Maria pula telah terkena air panas beberapa kali. Tetapi seperti ahli keluarga yang disebutkan di atas, dia tidak merasakan kesakitan.

Mereka berkata, mereka pernah merasakan kesakitan tetapi tidak lama sehingga adakalanya mereka sendiri tidak sedar akan kesakitan itu.

Letizia telah terseliuh pada pergelangan kakinya tetapi apa yang ‘ajaibnya’ dia dapat berjalan tanpa sebarang masalah

Fenomena yang luar biasa ini dalam kehidupan keluarga Marsili telah mendapat perhatian saintis dan pakar perubatan. Mereka kemudiannya mendedahkan bahawa keupayaan luar biasa ini telah disebabkan oleh gen mutasi dalam gen ZFHX2.

Ahli sains akhirnya menamakan mutasi itu sempena nama keluarga ini, iaitu Sindrom Marsili. Selain tidak boleh merasakan kesakitan, sindrom ini mengakibatkan seorang individu kurang sensitif terhadap sesuatu yang sejuk atau yang panas.

Gen mutasi juga memberi kesan kepada generasi muda dalam keluarga ini

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds