Tahukah anda bahan rahsia yang digunakan pada zaman dahulu untuk mengukuhkan struktur binaan adalah bahan yang boleh dimakan iaitu beras pulut. Bahan ini juga dikatakan sebagai salah satu inovasi terhebat dalam sejarah yang pernah dikembangkan pada 1,500 tahun lalu.

Getty Images

Salah satu buktinya adalah binaan yang berusia 600 tahun dikenali sebagai Tembok Besar Ming Nanjing. Walaupun telah lama dibina, bangunan ini masih kekal utuh dan rahsia sebalik kekukuhan bangunan ini adalah campuran bahan berasaskan kapur dan sup beras pulut.

Menurut National Geographic, penemuan ini berjaya dirungkai setelah didapati wujud amylopectin, sejenis karbohidrat yang terkandung di dalam beras pada Tembok Besar Ming Nanjing ini.

Melalui kajian yang dijalankan oleh Dr Zhang Bingjian dari Universiti Zhejiang, China, struktur binaan bangunan bersejarah ini telah wujud semasa zaman Dinasti Ming sekitar tahun 1368 hingga 1644.

Getty Images

Menurut Persatuan Kimia Amerika, Dr Zhang menjelaskan bahawa, “Analisis kajian menunjukkan bahawa batu mortar pada bangunan purba berkenaan adalah sejenis bahan komposit organik-bukan organik”.

“Bahan bukan organik adalah kalsium karbonat dan bahan organik pula adalah amylopectin yang berasal daripada sup beras pulut dan diletakkan pada batuan”.

Takeaway

Dr Zhang turut memaklumkan bahawa batuan yang dikukuhkan dengan campuran beras pulut ini merupakan bahan komposit pertama di dunia. Berdasarkan kepada bukti penulisan lama, dikatakan bahan khas berkenaan telah digunakan sejak 1,500 tahun lalu oleh pekerja pembinaan China.

Tyg728

Menurut Vision Times pula, penggunaan beras pulut pada batuan ini semakin berkembang selepas zaman Dinasti Song dan Yuan. Perkara ini jelas membuktikan kepentingan beras pulut pada ketika itu sebagai makanan ruji dan juga bahan dalam mengukuhkan binaan.

Namun, bahan ini hanya digunakan untuk pembinaan struktur bangunan yang ‘mewah’ seperti Bandar Larangan di Beijing, Resort Gunung Chengde, makam Qing dan tembok Sungai Qiantang. Kesemua bangunan bersejarah ini telah dibina dengan menggunakan beras pulut semasa era pemerintahan dinasti Ming dan Qing.

Tomwsulcer

Tambah Dr Zhang lagi, beras pulut yang dianggap sebagai inovasi berteknologi tinggi pada zaman itu turut membantu struktur bangunan untuk bertahan dalam segala bencana seperti perubahan cuaca, gempa bumi dan sebagainya.

Tevatron

Bahan pengukuhan yang bukan sahaja kuat tetapi juga kalis air ini telah menjadikan bangunan-bangunan lama masih kekal bertahan sehingga kini walaupun setelah beratus-ratus tahun dibina.

RevisionWithAdam SciTeach

Hasil penyelidikan Dr Zhang mendapati kandungan amylopectin di dalam batuan ini bertindak sebagai penghalang.

“Wujud kawalan pada pertumbuhan kristal kalsium karbonat yang sekali gus menyebabkan batuan ini kukuh dan utuh”.

Fakta yang sungguh menakjubkan! Penemuan hebat ini berjaya membuktikan kepintaran masyarakat zaman purba yang melangkaui kemampuan penggunaan teknologi.

Sumber:  Nation GeographicAmerican Chemical Society

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds