Gunung berapi mungkin kelihatan cantik dan mempersonkan namun ia masih diambil kira sebagai kejadian alam yang berbahaya. Letusan yang terhasil dari gunung berapi ini bukan sahaja mengubah permukaan dunia malah telah mengorbankan beribu-ribu nyawa.

#1 Gunung Galunggung, Jawa Indonesia

Pada bulan Oktober 1882, Gunung Galunggung telah memuntahkan laharnya ke atas bumi, membunuh lebih 4,000 orang kesemuanya.

Letusan itu telah memusnahkan 114 buah kampung dan membuatkan ramai orang kehilangan tempat tinggal.

Letusan yang dahsyat ini direkodkan berada pada skala ke 5 VEI (Volcanic Explosive Index) iaitu letusan paling besar.

#2 Gunung Kelut, Indonesia

Seramai 5,110 orang meninggal dunia pada 19 Mei 1919 iaitu selepas Gunung Kelut meletus dan memusnahkan 100 buah kampung.

Lahar telah mengalir ke seluruh kawasan sejauh 40 kilometer. Semasa letusan berlaku, sebanyak 38 juta meter padu air segera disingkirkan dari tasik kawah.

#3 Gunung Vesuvius, Itali

Berkemungkinan Gunung Vesuvius adalah gunung berapi tercantik di planet. Namun, ia tidak langsung mengubah fakta bahawa gunung ini telah mengorbankan 6,000 orang pada tahun 1631.

Sejak kurun ke 79, gunung berapi ini telah meletus lebih daripada 50 kali. Semasa letusan berlaku, kampung-kampung yang terletak di sekitar gunung berapi itu mengalami gegaran daripada gempa bumi yang berlaku beberapa kali. Letusan itu berakhir dalam masa tiga hari.

#4 Gunung Laki, Iceland

Gunung berapi ini meletus selama 8 bulan pada 8 Jun 1783 hingga 8 Februari 1784 dan memuntahkan lava sejauh 27 kilometer. Sebanyak 9,350 nyawa telah terkorban akibat gas beracun yang sangat berbahaya yang mengandungi sulfur dioksida, wap air, karbon dioksida, fluorida dan hidrogen klorida.

#5 Gunung Vesuvius, Itali

Seramai 10,000 orang telah terkoban pada kurun ke 79 dan ia membinasakan dua bandar Itali iaitu Pompeii dan Herculaneum. Gunung Vesuvius dilaporkan mengeluarkan awan berbahaya yang mengandungi gas gunung berapi, abu, batu dan wasap yang tersebar sejauh 33 kilometer.

#6 Gunung Unzen, Jepun

Letusan gunung berapi ini telah mengorbankan sebanyak 12 ribu hingga 15 ribu nyawa. Ia dikatakan letusan yang paling bahaya dan membawa bencana sepanjang sejarah negara tersebut. Selain daripada letusan, tanah runtuh dan tsunami juga berlaku.

#7 Nevado del Ruiz, Columbia

Pada 13 November 1985, sebanyak 23 ribu nyawa terkorban selepas letusan gunung berapi berlaku. Walaupun gunung berapi itu mempunyai saiz yang sederhana, namun letusan itu memusnahkan semua wilayah yang terdapat di sekitarnya.

Letusan itu berlaku pada waktu malam, mengeluarkan lumpuh yang panas dan sejuk. Kejadian ini akhirnya telah menenggelamkan bandar Armero.

#8 Gunung Krakatoa, Indonesia

Letusan ini telah meruntuhkan dua per tiga Krakatoa dan memusnahkan bahagian pulau itu dengan teruk sekali. Walau bagaimanapun kesan itu telah turut dirasai oleh seluruh dunia.

Bunyi letusan itu sendiri terlalu kuat sehingga ia dapat didengari di Australia. Kejadian matahari terbenam sungguh menakjubkan dan dapat dilihat selama beberapa bulan dan telah meragut 36 ribu nyawa.

#9 Gunung Pelee, Barat India

Kebanyakan orang menyangka gunung berapi ini terpendam (tidak mati namun tidak aktif) semasa letusan berlaku. Malangnya, satu siri letusan yang bermula pada 25 April 1902 telah berakhir pada 8 Mei 1902.

Akhirnya letusan yang dahsyat itu telah memusnahkan seluruh bandar St.Pierre dan hanya 2 orang yang terselamat manakala 40 ribu orang yang lain meninggal dunia.

#10 Gunung Tambora, Indonesia

Letusan yang berlaku pada 10 hingga 15 April 1816 telah mengurangkan ketinggian gunung berapi tersebut dari 13 ribu kaki kepada 9 ribu kaki.

Letusan yang menyebabkan kehancuran itu telah membuatkan ‘setahun tanpa musim panas’ kerana abu telah memenuhi atmosfera. Kejadian ini mengurangkan suhu bumi dan ia dirasai oleh semua penduduk bumi.

Selain itu, kesan daripada letusan ini menyebabkan tanaman tidak menjadi dan menyebabkan kematian manusia seramai 100 ribu orang.

Sumber: Elite Readers

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds