Tabiat makan hidupan laut adakalanya sangat menakutkan. Lihat sahaja bagaimana jerung membaham mangsanya. Tidak hanya itu, bagi yang pernah dengar akan piranha pastinya anda tahu bagaimana cara spesies ini mendapatkan makanannya. Spesies ini juga dikatakan antara spesies yang begitu ganas di hutan Amazon.

Namun begitu, spesies ini bukan sahaja terkenal di Amazon malah turut digeruni di China sehingga ada yang mengatakan spesies ini pernah menyerang nelayan tempatan.

Kes ini bermula apabila seorang lelaki di Guangxi, China membawa anjingnya ke sebatang sungai untuk bermandi manda. Pada mulanya tiada yang aneh dengan keadaan ini tetapi siapa sangka tidak lama selepas itu ada peristiwa berdarah yang berlaku di sungai itu.


Rex Feature

Tidak lama selepas mereka bermandi-manda tiba-tiba muncul beberapa ikan berkerumun di sekelilingnya. Lelaki itu kemudian menghulurkan tangannya untuk menangkap ikan-ikan tersebut, tetapi sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Salah satu daripada ikan tersebut telah menggigit tangannya sehingga luka.


Rex Feature

Sambil menahan sakit tangannya yang berdarah lelaki itu sempat menangkap ikan yang menggigitnya untuk dibawa pulang. Rupa ikan itu dikatakan agak ‘mengerikan’. Spesies itu mempunyai barisan gigi yang tajam jadi tidak hairanlah tangannya luka dan berdarah selepas digigit ikan itu.


Rex Feature

Ikan ini dikatakan akan menggigit jari-jari yang dimasukkan ke dalam air dan akan cuba membaham dan memakan binatang-binatang yang hidup atau yang tercedera. Spesies ini juga boleh menyerang kumpulan ikan yang lemah daripadanya dan dalam masa beberapa minit sahaja ikan ini dapat memakan beberapa ikan lain.


Rex Feature

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati ketika bermandi-manda di tempat awam seperti di sungai. Tidak semua spesies ikan jinak dan boleh disentuh.

Sumber: Erabaru.net

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: Aneh Asia Pesona

Video Popular

Ad will display in 09 seconds