Gempa bumi Jepun dan aktiviti ‘Lingkaran Api Pasifik’ yang kini melanda seluruh dunia Axuricca 25/01/2018 tweet Related Posts Sebaran wabak! Sila dapatkan suntikan vaksin terlebih dahulu sebelum melancong ke Jepun dan Taiwan Pasangan diraja, Putera William dan Kate selamat menimang cahaya mata ketiga Jualan selesai dalam masa 60 saat : Pengguna China membeli 80,000 durian menerusi tempahan jualan dalam talian Mahu untung lebih, kilang kopi Vietnam guna bateri terpakai, kotoran dan habuk sebagai ramuan Persengketaan selama 68 tahun antara Korea Utara dan Korea Selatan bakal berakhir? Share this on WhatsAppSatu gegaran dengan kekuatan 6.2 skala Richter telah menggoncang Jepun pada Rabu, 24 Januari 2018. Gempa berkenaan dikatakan melanda 103 km arah timur laut kepulauan Honshu pada kedalaman 64 km. Pusat gegaran ini juga berhampiran dengan kepulauan Hokkaido. Namun tiada sebarang berita mengenai kematian atau kerosakan akibat gegaran tersebut telah dilaporkan sehingga kini. Baru-baru ini, berlaku gelombang dan aktiviti seismik di seluruh dunia dan kejadian ini digelar sebagai Lingkaran Api Pasifik. Selasa lalu (23 Januari), gempa bumi dengan kekuatan 7.9 skala Richter telah dilaporkan berlaku di Teluk Alaska sekali gus membuatkan penduduknya terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih selamat untuk mengelakkan kejadian ombak besar. Pada tarikh yang sama, Indonesia turut dilanda gempa bumi sebanyak dua kali dalam masa beberapa jam sahaja. Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sebaliknya hanya runtuhan bangunan dan beberapa orang pelajar mengalami kecederaan parah setelah bumbung sekolah runtuh. Sementara itu di Filipina pula, letusan Gunung Berapi Mayon masih lagi berlanjutan sehingga kini dan kejadian ini memaksa lebih 56,000 penduduk terpaksa berpindah ke kawasan lain yang selamat. NBC News Di Jepun, gunung berapi Kusatsu-Shirane yang meletus pada Selasa lalu telah mengorbankan seorang mangsa dan mendatangkan kecederaan kepada sekurang-kurangnya 11 individu yang sedang meluncur salji di sebuah resort ski terkenal. Sumber: Channel News Asia Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih. Era Baru 1 2 3 Share this on WhatsApp tweet Kategori:GLOBAL ANDA JUGA MUNGKIN SUKA Terhimpit oleh beberapa kereta di tempat letak kereta, lelaki tua ini nampaknya tidak tahu untuk mengundurkan keretanya, akhirnya ini yang dilakukan… ‘Kamu cuba mencakar saya ya? ‘ Berang kerana cuba dicakar seekor kucing, lihat apa yang dilakukan burung ini ‘Kamu cuba mencakar saya ya? ‘ Berang kerana cuba dicakar seekor kucing, lihat apa yang dilakukan burung ini Terhimpit oleh beberapa kereta di tempat letak kereta, lelaki tua ini nampaknya tidak tahu untuk mengundurkan keretanya, akhirnya ini yang dilakukan… Kaedah terkini untuk membersihkan sungai daripada sampah sarap dengan lebih mudah dan efektif Pilihan Editor Bayi berusia 1 tahun maut terkena renjatan elektrik selepas terpijak wayar permainan tunggang yang terdedah Jururawat melihat ibu menunggu giliran bertemu doktor dengan bermain piano hospital, hasilnya menyentuh hati… Gaduh dengan ibu, kanak-kanak berusia 12 tahun bawa diri dengan tempah penerbangan ke Bali seorang diri! Kayu hanyut dikutip dari pelbagai negara, disimpan selama bertahun-tahun oleh artis ini bagi penghasilan seni arca ekspresi wajah Hasrat lelaki berkebun bersama isteri tidak kesampaian, namun impian membina taman terlaksana jua dengan bantuan ‘pari-pari tanaman’ tidak dikenali Minum kopi bukan memberi tenaga sebaliknya menjadi bertambah sakit. Rahsia terbongkar apabila mesin kopi dibuka 2018-01-25 Axuricca