Kesedaran orang ramai mengenai autisme telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dengan kafe-kafe seperti Autism Cafe Project dan syarikat-syarikat komersil yang telah mengambil kerja kumpulan-kumpulan istimewa ini seperti McDonald’s di Cheras.

Kesedaran seperti ini akan membuat golongan luar biasa ini dianggap sebagai sama dan mempunyai tempat dalam masyarakat hari ini.

Baru-baru ini, kafe yang dikendalikan oleh ahli-ahli autistik baru sahaja membuka pintu kepada orang ramai!

Rimau Cafe ini telah beroperasi sejak 9 Januari tahun ini. Terletak di Menara KBS, Presint 4, Putrajaya, kafe ini merupakan sebahagian daripada usahasama antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM).

“Matlamat Rimau Cafe adalah untuk membantu mengembangkan kemahiran dan menyediakan latihan untuk golongan belia autisme. Insentif ini membolehkan mereka berpeluang menyertai program pembangunan kemahiran serta menyumbang keupayaan mereka dalam industri yang sesuai untuk mereka, “kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, seperti yang dilaporkan oleh KBS.

Menurut laman Facebook KBS, konsep Rimau Cafe adalah “Learning Authentic“, yang dibangunkan khusus untuk menyediakan latihan kemahiran dalam bidang hospitaliti untuk golongan belia autisme Malaysia.

Sama seperti kafe-kafe lain di luar sana, menu di kafe ini dipenuhi pelbagai pilihan makanan seperti lasagne, pai ayam, red velvet dan kek keju.

Sudah tentu, anda juga boleh mendapatkan pelbagai pilihan kopi di sini. Menjadikannya tempat yang sesuai untuk dikunjungi, terutamanya para belia!

Ia merupakan satu inisiatif yang hebat oleh Kementerian Belia dan Sukan! Pastikan anda mengunjungi kafe ini!

Sumber: KBSMalaysia

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds