Aneh, Galeri Foto, INSPIRASI, Misteri & Fenomena

8 kejadian misteri dunia yang sehingga kini tidak menemui jawapan dan bukti yang jelas

8 kejadian misteri dunia yang sehingga kini tidak menemui jawapan dan bukti yang jelas

Dunia menyimpan pelbagai sejarah yang misteri dan tidak mampu diungkapkan. Walaupun dengan kajian yang dijalankan secara saintifik, sesetengah perkara masih tidak mampu diketahui asal-usul kewujudannya secara terperinci.

Malah, jika anda gali lebih dalam, anda pasti akan menemui pelbagai perkara menarik yang tidak mempunyai penjelasan logik.

Ianya begitu misteri, luar biasa, aneh tetapi mengagumkan pada masa yang sama. Anda pasti akan tertawan dengan fakta-fakta ini.

#1 Jam tangan Swiss tertanam di dalam sebuah makam purba

xinli110

Apabila para saintis membuka makam Dinasti Ming, mereka tidak pernah menyangka akan menemui sebentuk cincin yang diukir seperti jam tangan Swiss.

Penemuan ini dianggarkan telah berusia hampir 400 tahun dan sehingga kini masih belum ada jawapan sahih tentang bagaimana ia boleh terjadi.

#2 Jari sepanjang 38 sentimeter!

Crypto Tom / youtube

Penemuan oleh usahawan Swiss dan pencinta barangan purba, Gregor Spörri masih menimbulkan banyak persoalan. Menurut dakwaan mereka, seorang penceroboh makam telah menunjukkan mereka artifak ini sekitar tahun 1988.

Gregor menggambarkan jari ini sebagai ringan dan bersaiz besar. Walau bagaimanapun, jari ini tidak pernah dijual kepadanya walaupun Gregor telah melihat bukti keaslian artifak berkenaan beserta dengan imej imbasan sinar X. Sehingga kini, kebenaran tentang artifak berkenaan masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas.

#3 Gambar hantu di Hotel The Stanley

9NEWS / youtube

Gambar ini diambil oleh Henry Yau, Pengarah Perhubungan Awam Muzium Kanak-kanak di Houston. Semasa gambar ini diambil, Henry dan isterinya sedang menginap di hotel berkenaan dan memutuskan untuk mengambil gambar bahagian dalam dewan hotel sebagai kenang-kenangan.

Menurut Henry, sejurus selepas mengambil gambar di lobi, badannya terasa lemah sepanjang malam. Pada pagi keesokan harinya, dia terkejut setelah menyedari kewujudan hantu berkenaan pada gambar yang ditangkapnya.

Banyak andaian telah dibuat namun penjelasan yang sebenar masih belum berjaya diketahui.

#4 Kewujudan piramid di bulan

EverLookUp/ youtube

Dalam gambar ini, anda boleh lihat dengan jelas bentuk piramid pada permukaan bulan. Hal ini membuktikan ia bukannya wujud disebabkan oleh pencahayaan, mainan bayangan dan sebagainya.

Namun adakah benar piramid juga wujud di angkasa lepas? Kita masih belum dapat mengesahkannya!

#5 Bebola api di Sungai Mekong, Thailand

Unknown author / Imgur

Cahaya berbentuk bulat ini dilihat terapung dari atas permukaan air dan terbang ke atas namun selepas beberapa ratus meter, ia menghilang. Tiada sebarang penjelasan saintifik mampu merungkaikan misteri ini.

Akan tetapi, penduduk tempatan percaya fenomena yang sering muncul pada bulan Oktober ini merupakan angkara Nag, seekor ular jadian yang mendiami sungai tersebut. Malah, penduduk tempatan turut mengadakan perayaan khas bagi menyambut kejadian ini.

#6 Penampakan UFO atau piring terbang

wikimedia

Ini mungkin adalah gambar UFO yang paling terkenal dalam sejarah penemuannya. Sehingga ke hari ini, masih terdapat banyak perdebatan sama ada gambar ini benar atau rekaan semata-mata.

Gambar yang diambil pada tahun 1950 di Amerika Syarikat ini meninggalkan begitu banyak persoalan kepada penduduk dunia. Adakah makhluk asing itu benar-benar wujud?

#7 Misteri di Laut Baltik yang tidak mampu diselesaikan

NTDTV / youtube

Para penyelidik Sweden telah menemui satu pembentukan misteri di dasar Laut Baltik pada tahun 2011.

Sejak awal penemuan objek misteri ini, segalanya menjadi aneh. Peralatan elektrik berhenti berfungsi apabila penyelam mendekati objek berkenaan. Namun, apabila mereka mula berenang menjauhinya, semua peralatan kembali berfungsi seperti sedia kala.

Ada yang beranggapan ia adalah piring terbang milik makhluk asing namun buktinya masih dalam kajian.

#8 Bulatan Afrika Selatan yang tidak mampu dijelaskan sains

teepy / reddit

Bulatan misteri ini muncul di padang pasir Namibia dan penduduk tempatan menggelarnya sebagai ‘bulatan kematian’. Para saintis mengandaikan kewujudannya berpunca daripada anai-anai atau pun tumbuhan bawah tanah namun semuanya tidak mempunyai bukti yang mencukupi.

Salah satu hipotesis paling dahsyat yang pernah dibuat adalah saintis beranggapan lembah yang paling gersang di dunia ini mungkin mempunyai perkaitan dengan UFO.

Sumber: BrightSide

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...