Apabila mandi, mana satu pilihan pembersih badan yang patut anda gunakan? Kanak-kanak akan menjawab sabun atau gel mandian kerana ia akan membentuk kesan buih yang banyak. Akan tetapi, menurut pakar sains kesihatan, mereka akan mencadangkan penggunaan sabun mandian ketika mandi.

Dalam kajian ke atas penyakit kanser payu dara, mereka menemui satu bahan komponen yang tersembunyi di dalam gel mandian dipanggil ‘paraben’. Sekiranya orang dewasa sihat menggunakan gel mandian dalam mandian mereka, komponen ‘paraben’ dilihat tidak akan mendatangkan masalah kepada kulit.

Akan tetapi, sekiranya anda menggunakan gel mandian secara berterusan selama 10 tahun, ia mungkin boleh menyebabkan kanser payu dara. Bagi kulit kanak-kanak yang lemah dalam menghalang toksin, mereka juga tidak digalakkan untuk menggunakan gel mandian ketika mandi.

Gambar hiasan

Pakar perubatan menasihatkan, sekiranya anda masih mahu menggunakan gel mandian untuk membersihkan diri, pilihlah gel mandian yang tidak mengandungi komponen ‘paraben’ didalamnya. Penggunaan gel mandian dan sabun berasaskan komponen ‘gliserin‘ adalah pilihan terbaik kerana bahan-bahannya tidak merosot dengan mudah.

Cadangan penggunaan sabun mandian yang wangi atau berubat berbentuk buku ketika mandi adalah digalakkan.

Gambar hiasan

Adakah anda masih mahu menggunakan gel mandian ketika mandi? Rasanya anda patut bertukar kepada sabun mandian berbuku sekarang. Kebanyakan dari kita menggunakan gel mandian untuk membersihkan diri kerana merasakan ia lebih mudah dan cepat berbanding menggunakan sabun mandian, tetapi pilihan ini sebenarnya tidak menyihatkan.

Pertama sekali, mari kita menyatakan tentang proses pembuatannya. Sabun mandi yang biasa akan menggunakan lemak haiwan atau lemak sayuran yang lebih mahal seperti minyak kelapa atau gliserin, yang kemudian dicampur dengan bahan pengeras semasa dalam proses pembuatan. Atau ia dibiarkan sahaja diproses secara semulajadi sehingga menjadi sebuku sabun mandi.

Vickerey

Akan tetapi, proses pembuatan bagi gel mandian adalah berbeza. Oleh kerana wujud elemen ketidakserasian di antara air dan minyak yang mana minyak tidak boleh bercampur dengan air, ia memerlukan bahan tambahan untuk membolehkan kedua elemen ini dapat dicampurkan dan oleh itu soda dan bahan penstabil akan ditambah. Bahan ini dikenali dalam bidang perubatan sebagai ‘carcinogens’ yang boleh menyebabkan kanser.

Dalam perkataan lain, sekiranya anda menggunakan sabun biasa yang mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kulit anda mengalami alahan atau berubah secara patologi, gel mandian ini pula akan menambah lebih komposisi kimia daripada yang terdapat di dalam sabun mandian biasa. Ini boleh menyebabkan kanser kulit terjadi dengan lebih cepat berbanding dengan penggunaan sabun mandian biasa.

Amazon UK

Kita harus menyedari semasa muda, kesihatan kita masih berada pada tahap terbaik dan masih mempunyai sistem imun yang baik, jadi kita masih tidak nampak akan kesan negatif yang didatangkan oleh gel mandian ini. Kini, ramai orang akan memilih produk yang boleh memudah dan mempercepatkan kerja mereka seperti menggunakan gel mandian untuk membersihkan diri.

Akan tetapi, apabila umur semakin meningkat, kita akan mudah jatuh sakit atau mempunyai sistem imun yang semakin lemah. Bahan-bahan kimia ini yang telah terkumpul dibawah lapisan kulit untuk jangka masa panjang mulai menyerap ke dalam organ badan. Sistem imun yang semakin lemah masih menjalankan fungsi menghalang kemasukan toksin dan bakteria, namun tidak seperti dahulu. Apabila kesihatan kita semakin merosot, agak sukar bagi kita untuk pulih dengan segera dan mendapat kesihatan yang baik.

Gambar hiasan

Apabila kita masih muda, kita tidak mahu membuang masa. Kita akan bekerja keras demi masa depan. Namun kesihatan kita juga perlu dipantau dan dijaga dengan baik, seperti mengelakkan diri dari terdedah dengan bahan-bahan kimia yang membahayakan yang digunakan dalam produk penjagaan diri setiap hari. Mungkin pada masa kini kita sering mencari produk yang memberi kemudahan dan cepat digunakan tanpa menghiraukan kandungan kimia di dalamnya. Namun akibatnya akan datang di kemudian hari.

Jadi buat pilihan yang tepat semasa anda masih muda dan bertindak dari sekarang demi menjaga kesihatan.

Sumber: Beauties Of Life

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds