Hampir semua orang yang anda kenali mempunyai telefon pintar pada hari ini dan alat-alat ini telah lama diketahui mempunyai kesan buruk bagi kesihatan kita.

Banyak penyelidikan telah dilakukan untuk mengkaji kesan menggunakan telefon pintar. Baru-baru ini, terdapat satu kajian yang dijalankan oleh Hospital Universiti Nasional Taiwan yang mendapati bahawa terdapat satu kesan buruk yang boleh merosakkan tubuh badan kita.

Sumber: Line Today

Satu laporan oleh Apple Daily menyatakan bahawa salah seorang doktor di hospital, Leung Wai Man berkata bahawa menggunakan sebelah tangan untuk bermain dengan telefon bimbit anda untuk tempoh yang panjang akan menyebabkan kerosakan kepada tubuh anda.

Tetapi itulah kedudukan yang paling mudah! Ia membuat tekanan tertumpu pada satu otot, lebih banyak tekanan pada satu tangan dan ibu jari.

Memandangkan hanya sebelah tangan yang menyokong berat peranti, ia boleh menyebabkan sakit di lengan dan tangan anda.

Leung mengatakan bahawa sebenarnya semua posisi mempunyai kelemahan mereka, yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada badan tetapi menggunakan peranti anda dengan sebelah tangan akan menyebabkan kesan yang terburuk.

Sumber: Apple Daily

Oleh itu, dia menasihati bahawa jika anda ingin menggunakan telefon anda untuk jangka masa yang panjang, lebih baik menggunakan komputer untuk melayari internet.

Menggunakan telefon untuk jangka masa yang panjang akan menyebabkan kerosakan pada tubuh anda. Dia menjelaskan bahawa kita banyak menunduk kepala kita untuk melihat telefon, ini meningkatkan sudut flaksion leher sebanyak 15 darjah dan meletakkan lebih banyak beban kepada leher kita.

Sumber: Apple Daily

Walau bagaimanapun, perkara terbaik yang perlu dilakukan ketika bermain telefon anda adalah dengan rehat seketika untuk meregangkan otot anda dan memastikan postur yang baik.

Yang Changhao, pakar mata di Hospital Universiti Nasional Taiwan mengatakan bahawa untuk tidak mengadap skrin telefon terlalu lama kerana cahaya biru daripada skrin telefon boleh merosakkan sel-sel retina dan mengganggu kitaran tidur anda.

Oleh itu, elakkan daripada bermain telefon pintar terlalu lama untuk memastikan kesihatan kita terjaga.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds