Asia, GLOBAL

Gempa bumi dengan kekuatan 6.1 dan 4.9 skala Richter menggoncang Indonesia, dua kali dalam masa beberapa jam!

Gempa bumi dengan kekuatan 6.1 dan 4.9 skala Richter menggoncang Indonesia, dua kali dalam masa beberapa jam!

JAKARTA – Gempa bumi dengan kekuatan 6.1 skala Richter telah melanda bahagian selatan Kepulauan Jawa semalam sekali gus mengakibatkan enam daripada lapan pelajar sekolah mengalami kecederaan parah manakala ratusan bangunan mengalami kemusnahan.

Beberapa penduduk berdiri di atas runtuhan masjid

Bencana yang berlaku di pusat gempa di laut pada jarak 43 km arah selatan Kota Muarabinuangeun, Kabupaten Lebak, Banten pada kedalaman 61 km ini dilaporkan berlaku semalam sekitar jam 1.34 petang waktu tempatan (2.34 petang waktu Malaysia).

Gegaran yang dirasai di sekitar Kepulauan Jawa

Gegaran selama 40 saat itu dirasai di Gedung Transmedia, Jalan Tendean sekali gus menyebabkan ramai pekerja yang berada dalam gedung berkenaan bergegas keluar bagi menyelamatkan diri masing-masing.

Walau bagaimanapun, tiada laporan mengenai kematian mahupun kemusnahan bangunan berkenaan. Gempa yang berpusat di Lebak ini turut dikatakan dirasai di beberapa kawasan sekitar Jakarta seperti Palmerah, Medan Merdeka Selatan, Slipi, Lubang Buaya dan Depok di Jawa Barat.

Penduduk di Jakarta bergegas keluar sebaik gegaran berlaku

Di samping itu, berita dari Metro TV Indonesia turut sempat merakamkan ramai pesakit yang terpaksa dipindahkan dari hospital dan beberapa pekerja pejabat yang kelihatan ketakutan sambil melarikan diri dari bangunan tinggi semasa gempa melanda.

Semua pekerja pejabat segera meninggalkan bangunan susulan kejadian gempa itu berlaku

Menurut Sutopo Purwo Nugroho, jurucakap agensi bencana Indonesia, “Di Cianjur, enam pelajar telah mengalami kecederaan serius manakala dua lagi hanya cedera ringan apabila bumbung sekolah runtuh”.

Selain sekolah, terdapat lebih daripada 130 bangunan di sekitar daerah Jawa Barat dan Banten termasuk perumahan dan masjid dilaporkan mengalami kemusnahan kesan daripada gempa kuat berkenaan.

Menurut laporan Detik News, tiada amaran tsunami dikeluarkan walaupun pusat gegaran itu berada 10 km dari permukaan laut. Namun begitu, beberapa jam kemudian, Indonesia sekali lagi digegarkan dengan gempa kedua dengan kekuatan 4.9 skala Richter!

Indonesia dilanda gempa kedua beberapa jam kemudian

Kali ini, gempa berkenaan dilaporkan berlaku beberapa ratus batu ke timur daerah Seram yang tidak mempunyai kepadatan penduduk yang ramai sekitar jam 5.38 petang.

Kedudukan Indonesia yang berada di Lingkaran Api Pasifik menyebabkan negara ini sering dilanda gempa bumi. Pada tahun 2004, bencani tsunami telah melanda 13 negara dan meragut lebih daripada 226,000 nyawa. Di Indonesia sahaja, seramai 120,000 jumlah mangsa dilaporkan telah terkorban.

Disember lalu, gempa dengan kekuatan 6.5 skala Richter telah membadai Jawa pada kedalaman 57 batu dan mengorbankan sekurang-kurangnya tiga individu.

Sumber: Express dan CNN Indonesia

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:Asia GLOBAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...