GAYA HIDUP, Idea Gajet

Anda kini boleh memiliki iPhone X pada harga serendah RM4,588 dan pengeluarannya mungkin akan dihentikan oleh Apple pada pertengahan tahun 2018

Anda kini boleh memiliki iPhone X pada harga serendah RM4,588 dan pengeluarannya mungkin akan dihentikan oleh Apple pada pertengahan tahun 2018

Harga iPhone X turun sebanyak RM561, dan anda boleh memilikinya dengan harga RM4,588 untuk model 64GB.

iPhone X merupakan model iPhone terbaru keluaran Apple yang hadir dengan teknologi OLED terang, FaceID untuk nyah-kunci peranti, kalis air, dan beberapa lagi ciri menarik seperti Animoji.

Wired.com

Harga rasmi iPhone X dengan storan 64GB sebelum ini ialah RM5,149, tetapi kini anda boleh memiliki set rasmi iPhone X daripada Apple Malaysia pada harga diskaun iaitu hanya RM4,588 sahaja di Lazada.

Lazada

Menurut sumber, iPhone X dilaporkan kurang mendapat sambutan di China. Oleh itu, Apple mungkin akan menghentikan pengeluaran iPhone X pada pertengahan tahun ini.

Menurut sumber daripada MacRumours, Apple mungkin akan menghentikan penghasilan iPhone X generasi pertama apabila model generasi kedua akan dilancarkan pada tahun ini. Apple juga tidak bercadang untuk menurunkan harga iPhone tersebut.

Cnet.com

Menurut penganalisis KGI Securities, Ming-Chi Kuo, tujuan Apple tidak menurunkan harga iPhone tersebut adalah supaya ia tidak memberi kesan kepada  jualan iPhone X generasi terbaru yang akan dikeluarkan pada tahun  ini. Iphone X generasi kedua juga diramal akan hadir dengan fungsi premium.

Iphone X kurang mendapat sambutan di pasaran China kerana pengguna di China merasakan skrin pada iPhone X adalah terlalu kecil. Harganya yang agak tinggi juga merupakan salah satu faktor iPhone X kurang mendapat sambutan.

Tiga model terbaru dengan rekaan seperti iPhone X diramalkan akan dikeluarkan oleh Apple pada tahun ini. Ketiga-tiga model yang diramalkan akan keluar mempunyai saiz dan teknologi skrin yang berbeza.

Macrumors.com

Saiz paling besar dilengkapi dengan skrin OLED 6.5” dan saiz paling kecil dilengkapi dengan skrin OLED 5.8”, dan juga akan dikeluarkan saiz skrin LCD 6.1”.

Sumber:SAYS

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...