Semua perkakas elektrik memerlukan bekalan elektrik untuk berfungsi dengan baik. Salah satu perkara yang sering kita baca di laman sosial adalah berkenaan kepentingan mencabut wayar perkakas daripada palam elektrik sebaik sahaja selesai menggunakannya.

Ada maklumat yang menyatakan bahawa mencabut perkakas elektrik daripada soket adalah penting bagi menjimatkan tenaga elektrik sekali gus mengelakkan daripada berlaku litar pintas. Tetapi, adakah ianya merupakan satu fakta atau mitos sahaja?

#1 Alat pemanas air

Menurut pakar industri, pengguna tidak perlu mencabut sumber kuasa elektrik bagi menjimatkan penggunaan tenaga. Misalnya dalam penggunaan alat pemanasan air, pengguna tidak perlu menutup suis dan mencabut plag apabila tidak menggunakannya. Hal ini kerana fungsi penebat pada perkakas ini memerlukan kuasa yang berterusan bagi memastikan airnya sentiasa panas.

Pemadaman kuasa yang terlalu kerap boleh menjejaskan alat pemanas sekali gus mengakibatkan kerosakan pada ciri penjimatan tenaga. Lama-kelamaan, alat ini akan mengalami kerosakan malah akan mengurangkan jangka hayat keseluruhan plag yang boleh menyebabkan bahaya jika terus digunakan.

Namun, sekiranya anda tidak menggunakan alat pemanas lebih daripada tiga hari, anda disarankan untuk mencabut plag alat pemanas anda.

#2 Pengecas telefon

Berlainan pula kesnya bagi penggunaan alat pengesan telefon bimbit. Kebanyakan pengguna telefon pasti tidak akan mencabutkan plag daripada palam elektrik setiap kali selesai mengecas telefon masing-masing.

Menurut pakar, sekiranya alat pengecas telefon tidak dicabut daripada palam, ianya akan terus berfungsi untuk mengecas sekali gus akan meningkatkan penggunaan bekalan elektrik.

Malah, jika sering dibiarkan, alat pengecas ini boleh mengakibatkan berlakunya litar pintas dan kebakaran.

#3 Penghawa dingin

Selagi plagnya masih berada pada soket, penghawa dingin akan terus menggunakan tenaga walaupun suisnya telah dimatikan.

Di samping itu, semua peralatan elektrik yang mempunyai alat kawalan jauh (remote control) akan menggunakan lebih banyak tenaga dan mampu meningkatkan risiko berbahaya. Jadi, adalah lebih selamat untuk pengguna mencabut plag peralatan elektrik setiap kali tidak menggunakannya.

Sumber: GoodTimes

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds