Seorang lelaki Pakistan yang mendapat gelaran ‘The Hulk Pakistan’ dipercayai menjadi lelaki terkuat dunia setelah videonya sedang mengadakan perlawanan tarik tali bersama dengan sebuah traktor menjadi tular.

Lelaki gergasi bernama Arbab Khizer Hayat yang berusia 25 tahun ini menyatakan impiannya adalah untuk menjadi juara angkat berat dunia dan menyertai bidang World Wrestling Entertainment (WWE).

Hayat yang merupakan penduduk tetap di Mardan, Pakistan mula mengalami peningkatan berat badan semasa usia remaja.

“Saya mula mengalami peningkatan berat badan ketika zaman remaja tapi saya sedar bahawa saya mahu memasuki kejuaraan lelaki terkuat dan angkat berat. Jadi, saya terus menambah berat badan saya.”

“Matlamat saya adalah untuk menjadi juara. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana mengurniakan badan ini. Hanya masa diperlukan sebelum saya layak memasuki arena angkat berat,” kata Hayat.

Diet harian Hayat juga sama menakjubkan seperti bentuk badan gergasinya itu. Setiap hari, Hayat akan mengambil sejumlah 10,000 kalori di mana pemakanan yang diamalkannya melibatkan 36 biji telur untuk sarapan, 3 kg daging, 5 liter susu dan macam-macam lagi!

Ditambah pula dengan ketinggian 6 kaki 3 inci, bentuk fizikal Hayat benar-benar mengagumkan kita semua.

Malah, Hayat juga dilaporkan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan walaupun dengan berat badan sebanyak 435 kg yang tidak tercapai di akal!

Hayat turut mendakwa beliau telah mengangkat berat lebih daripada 4,536 kg semasa menyertai pertandingan kejuaraan di Jepun.

“Saya tidak mempunyai masalah kesihatan atau berasa tidak selesa dengan berat badan saya. Tetapi saya harus mengekalkannya jika saya mahu menjadi juara terkuat dunia”.

Segala aksi-aksi lasak yang dilakukan Hayat menjadi tular di media sosial sekali gus membuatkannya meraih ramai peminat di seluruh Pakistan. Di kawasan kejiranannya, Hayat sudah dianggap sebagai bintang terkenal. Malah, satu Pakistan mengenalinya!

Beratus-ratus peminat akan membanjiri perkarangan rumahnya setiap hari dengan harapan dapat bergambar bersama bintang Pakistan itu.

“Saya mendapat banyak perhatian dan kasih sayang daripada penduduk sini. Tetapi saya tidak mahu berhenti di sini. Saya mahu menjadi bintang dunia.”

Semoga Hayat memperoleh apa yang dihajatinya dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Sumber: Daily Mail

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds