Ekonomi, NASIONAL

Kastam berjaya kenal pasti lebih daripada 5,000 syarikat yang tipu dan elak bayar GST

Kastam berjaya kenal pasti lebih daripada 5,000 syarikat yang tipu dan elak bayar GST

PUTRAJAYA – Sebanyak lebih daripada 5,000 syarikat telah dikenal pasti oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terbabit dalam penipuan pungutan dan tuntutan balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menurut Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T. Subromaniam, pihak JKDM telah membuka satu kertas siasatan terhadap kesemua syarikat yang terlibat dan sebahagian daripadanya telah pun didakwa di mahkamah.

The Malay Mail Online

Mereka ini yang ‘hardcore’ (tegar), bukan kurang faham mengenai GST kerana yang itu (tidak faham) kita tidak bawa ke mahkamah. Syarikat (hardcore) ini yang telah memungut GST, tidak bayar dan menipu,” jelas beliau selepas acara Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia (KAK1M).

Tambah beliau lagi, selain daripada melaksanakan penguatkuasaan dan mengenakan tindakan berbentuk penghukuman, pihaknya akan terus berusaha dalam mendidik syarikat yang telah berdaftar GST melalui strategi mesra pelanggan iaitu ‘pematuhan melalui pendidikan’.

“Untuk mengurangkan isu penipuan ini, kita turut memperkenalkan program Duta GST. Pada awal pelaksanaan banyak syarikat yang kurang faham, sebab itulah kita ambil pendekatan lebih mesra.”

Sehingga 31 Disember tahun lalu, sejumlah 465,000 syarikat telah mendaftar GST dan jumlah ini adalah melebihi sasaran awal 200,000 syarikat.

Money Control

Ketika ditanya tentang sasaran kutipan GST pada tahun ini, beliau memaklumkan bahawa pihak JKDM telah meletakkan sasaran RM43 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM1 bilion berbanding tahun sebelum.

“Bagaimanapun, kami percaya kami boleh mencapai lebih daripada itu. Tahun lepas kita telah mencapai sasaran ditetapkan kerajaan RM42 bilion dan angka sebenar akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Januari ini.”

Sumber: Bernama

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:Ekonomi NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...