Khasiat tomato sememangnya terbukti memberi manfaat kepada kesihatan, dari meningkatkan sistem imun kepada mengurangkan risiko penyakit kanser. Kini kajian menunjukkan dengan memakan banyak tomato, ia mungkin boleh memulihkan kerosakan kepada organ paru-paru yang disebabkan oleh tabiat merokok.

Kajian yang dijalankan oleh para saintis dari ‘Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health’, Amerika Syarikat mendapati penurunan fungsi paru-paru di kalangan bekas perokok menjadi perlahan apabila mereka mengambil diet tomato bersama buah-buahan terutamanya buah epal.

Orang dewasa yang memakan lebih 2 biji tomato atau lebih 3 hidangan buah-buahan segar setiap hari memperolehi keputusan kesihatan yang lebih baik dengan hasil kajian bagi mereka yang mengalami penurunan fungsi paru-paru dalam masa 10 tahun berbanding mereka yang tidak atau kurang memakannya.

Kredit foto: pixabay

Untuk memuktamadkan hasil kajian ini, kumpulan saintis telah menjalankan ujian dan pemeriksaan fungsi paru-paru dan diet ke atas 650 orang pada tahun 2002.

Kredit foto: pixabay

Ujian pada fungsi paru-paru kemudian telah diulang pada semua individu yang sama, 10 tahun kemudian.

Kepada mereka yang telah berhenti merokok, ujian menunjukkan keputusan yang amat menarik.

Kredit foto: pixabay

Bagi mereka yang pernah merokok dan memakan diet yang kaya dengan tomato dan buah-buahan mempunyai penurunan fungsi paru-paru selama 10 tahun yang telah dapat diperlahankan. Hasil kajian ini mendapati diet yang kaya dengan nutrien yang terbukti berkhasiat dapat membantu membaiki kerosakan organ paru-paru yang disebabkan oleh tabiat merokok.

Penyelidik Vanessa Garcia-Larsen dari ‘International Health Department of Bloomberg School’ berkata, “Hasil kajian ini menunjukkan bahawa diet yang baik boleh membantu memperbaiki kerosakan kepada paru-paru yang disebabkan oleh tabiat merokok. Ia juga memberi cadangan kepada diet yang kaya dengan buah-buahan boleh memperlahankan proses fungsi paru-paru yang semakin menurun bersama proses penuaan, walaupun jika anda tidak merokok.”

Merokok merupakan punca kepada pelbagai penyakit di Amerika Syarikat, termasuk di seluruh dunia.

Kredit foto: pixabay

Di Amerika Syarikat sahaja, ia antara penyumbang kepada 480,000 kematian setahun, yang mana bersamaan satu dalam lima kematian adalah disebabkan oleh tabiat merokok.

Pada tahun 2015, dianggarkan seramai 36.5 juta orang dewasa di Amerika Syarikat adalah perokok dan 16 juta daripadanya mengalami penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok.

Jadi, berhenti merokok dan amalkan pemakanan dengan diet yang sihat dan berkhasiat.

Sumber: ELITE READERS

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds