Tayma ialah sebuah kota oasis kuno di Arab Saudi, yang terletak di barat laut negara tersebut.

Di daerah gurun ini terdapat sebongkah batu besar yang disebut al-Naslaa, yang tidak hanya terlihat sangat tepat seperti dipotong dengan laser menjadi setengah, tetapi pada permukaannya juga terukir pola dan teks yang bermisteri.

Selama berabad-abad, tidak ada yang tahu siapa yang memotongnya, atau apakah tujuan kewujudannya.

Pada tahun 1883, seorang penjelajah bernama Charles Huver menemui batu al-Naslaa buat pertama kalinya (bagi peradaban Eropah – Amerika).

Setelah itu, ia menarik banyak perhatian orang ramai untuk menyelidikinya, maka asal-usulnya menjadi topik perdebatan hangat.

Beberapa ahli pengkaji percaya bahawa batu ini asalnya satu, tapi telah dipotong separuh di tengah dengan sejenis kekuatan yang luar biasa, dan potongannya sangat halus dan tepat, menyerupai teknik potongan laser cutting.

Selain itu, dua bahagian batu ini dapat berdiri seimbang walaupun bahagian dasarnya lebih kecil, dan anehnya ia tidak jatuh atau berlanggar antara satu sama lain.

Pada permukaannya terdapat reka bentuk dan ukiran teks bermisteri yang tidak diketahui maknanya.

Ahli arkeologi mendapati, di sekitar daerah yang terletak batu al-Naslaa itu dahulunya pernah dihuni oleh manusia di zaman kuno, dan batu ini merupakan salah satu batu dengan ukiran yang paling fotogenik di kawasan itu.

Terdapat beberapa pihak yang membuat spekulasi bahawa mungkin sebelum ini di wilayah ini peradabannya sangat maju, dan mungkin batu ini merupakan laman sejarah peradaban di zaman yang maju itu.

Badan Pelancongan Saudi dan Dewan Warisan Kebangsaan (Saudi Commission for Tourism & National Heritage) pada 2010 pernah mengumumkan bahawa ahli arkeologi menemui sebuah prasasti dari zaman Mesir kuno tempoh Firaun Ramses III.

Berdasarkan hal itu, para penyelidik membuat spekulasi bahawa daerah itu di zaman kuno adalah pusat pengangkutan penting antara pantai Laut Merah Jazirah Arab dan Lembah sungai Nil.

Penemuan arkeologi terbaru juga menunjukkan bahawa sejak Zaman Gangsa, daerah ini selalu dihuni manusia.

Tambahan lagi, berkenaan asal-usul batu al- Naslaa, juga ada yang mengatakan bahawa mungkin batu itu berasal dari makhluk asing atau kekuatan ghaib lainnya.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds