Makan di luar sememangnya mudah terutama bagi mereka yang keletihan dan tiada masa untuk memasak dek kesibukan seharian di tempat kerja. Tetapi sedar atau tidak semua tempat makan sebenarnya bersih dan mengikut piawaian kebersihan seperti yang ditetapkan. Jadi, tidak mustahil lah jika ada laporan atau berita yang melibatkan masalah dalam pengendalian makanan.

Xiao Ling, 27 merupakan seorang kerani di sebuah syarikat di Zhejiang, China. Oleh kerana kesibukannya bekerja dia hanya menikmati hidangannya setiap hari melalui penghantaran. Dia juga dikatakan tidak bersukan atau melakukan apa-apa senaman.

Kredit gambar: Eat This

Gaya hidup yang tidak sihat ini dijalani dalam jangka masa yang agak panjang dan beberapa minggu lepas dia dikatakan telah mengalami sakit perut yang teruk selepas makan tengah hari.

Dia mula berasa loya dan muntah-muntah tetapi dia menyangka tiada apa-apa yang serius. Dia berfikir bahawa dia hanya perlu mendapatkan rehat yang secukupnya dan keadaanya akan  mulai membaik.

Namun semuanya tidak berlaku seperti yang diharapkan. Selepas cuti selama dua hari sakit perutnya semakin teruk dan dia akhirnya memutuskan untuk berjumpa doktor. Imbasan dilakukan dan doktor mengesan ada sesuatu yang tidak normal dengan pankreasnya.

Dia disyaki menghidap acute pancreatitis dan dipindahkan ke unit ICU sebuah hospital. Di sana, ujian darah telah dilakukan dan doktor mendapati terdapat lapisan lemak terapung di atas sampel darah di dalam tiub ujian.

Tekanan darah Xiao Ling juga sangat tinggi pada ketika itu. Seorang ahli gastroenterologi mengesyaki dia mempunyai lipid darah tinggi yang mungkin telah menyebabkan acute pancreatitis.

Dia juga memerlukan transfusi darah sebelum keadaanya menjadi lebih teruk. Hospital segera menghubungi bank darah untuk menyediakan 2,000 ml plasma darah dan transfusi dilakukan menggunakan mesin di mana darahnya ditapis sebelum bercampur dengan plasma darah yang baru.

Kredit gambar: China Press

Apa yang mengejutkan ialah plasma darah Xiao Ling yang berwarna seakan-akan ‘susu’. Warna plasma darahnya serupa dengan warna lemak tepung. Plasma darah normal seharusnya lebih jernih atau berwarna kuning pucat.

Kredit gambar: China Press

Selepas transfusi darah pertama dilakukan, Xiao Ling mulai dapat bernafas dengan lebih baik. Beberapa jam kemudian, laporan ujian darahnya sudah keluar, dan ia juga mengejutkan.

Tahap triglycerides dalam darahnya begitu tinggi sehingga 18 kali lebih tinggi dari bacaan biasa. Dalam masa 24 jam, doktor melakukan transfusi plasma yang lain ke atasnya. Dia dipindahkan dari ICU beberapa hari kemudian, selepas keadaannya lebih stabil.

Menurut Xiao Ling, antara makanan kegemarannya ialah: ikan kukus, sup yang panas dan pedas, ayam goreng  bonto serta organ-organ dalaman babi. Dia juga mengatakan bahawa dia jarang makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Selain itu, pekerjaannya memerlukannya untuk bermalam selama beberapa jam sehari. Dalam masa setahun, berat badannya semakin bertambah.

Doktor yang merawat Xiao Ling juga mengatakan bahawa diet berminyak, makanan yang berlebihan dan penggunaan alkohol boleh menyebabkan pankreatitis. Kini, semakin ramai golongan muda berusia 20-an yang didiagnosis dengan penyakit ini.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds