Setiap bangsa mempunyai tamadun yang tersendiri. Sesetengah tamadun ini masih wujud dan kekal hingga ke hari ini. Namun begitu, terdapat juga beberapa tamadun yang sudah lenyap dan tidak dapat dikesan tetapi hanya meninggalkan kesan binaan dan juga batuan yang menjadi mercu tanda kewujudan penempatan dan tamadun berkenaan pada satu masa dahulu.

Antara tamadun yang diperkatakan adalah tamadun Maya. Tamadun ini ditemui pada penghujung abad ke-18 di dalam hutan tebal Utara Guatemala oleh pengembara Sepanyol.

Penemuan runtuhan kota purba berkenaan dikategorikan sebagai satu penemuan yang menakjubkan kerana berdasarkan kepada struktur bangunan dan tugu yang dibuat daripada bongkah batu besar, kita dapat menggambarkan betapa tingginya ilmu yang dimiliki masyarakat pada zaman itu.

Baru-baru ini, sekumpulan penyelam berjaya menemui satu petunjuk yang membuktikan akan kewujudan tamadun purba Maya ini. Dikatakan penyelam-penyelam ini berjaya menghubungkan dua gua bawah air di timur Mexico.

Di bawah Projek Gran Acuifero Maya (GAM) yang dibentuk khusus untuk mengkaji dan menyelidik pemuliharaan perairan subterranean di semenanjung Yucata, kedua-dua gua berkenaan berjaya ditemui beberapa bulan selepas melakukan penerokaan terusan bawah air.

Dalam penyelidikan tersebut, kumpulan pengkaji ini mendapati sistem gua sepanjang 263 km yang dikenali sebagai Sac Actun itu dihubungkan kepada sistem gua lain sepanjang 83 km.

Menurut pengarah dan pakar arkeologi bawah air GAM iaitu Guillermo de Anda, penemuan yang bersejarah ini dapat membantu masyarakat dalam mengetahui selok-belok berkenaan pembangunan kebudayaan rantau itu yang didominasi oleh tamadun Maya sebelum zaman penjajahan Sepanyol.

Gran Acuifero Maya

“Ia membolehkan kita menghargai dan menghayati kebudayaan, cara hidup dan kehebatan penempatan pra-Hispanik yang pernah wujud sebelum ini.”

Mengikut sejarah lama, kawasan semenanjung Yucata merupakan kawasan tinggal kaum Maya. Dikatakan penempatan tersebut dibangunkan dengan menggunakan rangkaian lubang atau gua dan dihubungkan kepada perairan subterranean yang digelar sebagai ‘cenotes’.

Thrillist

‘Cenotes’ merupakan khazanah suci bagi kaum Maya dan sehingga kini, sebahagian keturunan mereka masih mendiami kawasan tersebut.

Tiba-Tiba Jam 6 Petang

Sumber: HMetro

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds