Bakat yang ada pada artis muda dari Jepun ini sungguh luar biasa. Dengan hanya menggunakan kertas dan pensel dia mampu menghasilkan lukisan yang betul-betul nampak seperti objek sebenar.

Artis muda Jepun Kohei Ohmori yang berusia 22 tahun yang sedang bekerja keras dalam menghasilkan lukisan menggunakan pensel dengan sangat teliti.

Berpusat di Okayama, artis muda berusia 22 tahun ini telah mengambil masa lebih daripada 200 jam bagi setiap projek yang dilakukannya. Kohei Ohmori dikatakan mempunyai pemerhatian yang tajam dan terperinci akan kerja-kerja yang dilakukan. Jika dilihat pada hasil-hasil kerjanya jelas sekali menunjukkan akan kekemasan, kehalusan serta betapa terperincinya hasil kerja pemuda ini.

 

 

Dia dikatakan telah mengambil masa lebih daripada 200 jam bagi setiap projek yang dilakukannya.

Pengguna Twitter yang pernah melihat hasil kerjayanya memanggilnya dengan gelaran ‘mad genius’ dan ‘insane‘.

Pengguna Twitter yang pernah melihat hasil kerjayanya memanggilnya dengan gelaran ‘mad genius’ dan ‘insane‘. Projek terkini yang sedang diusahakan walau bagaimanapun masih belum selesai. Projek yang menggambarkan skru dan nat yang dilakukan benar-benar kelihatan ‘real‘. Potret model British, Sophia Blackbrough dikatakan adalah ‘signature piece‘ miliknya yang pernah dihasilkan.

 Tidak semua orang bertuah kerana memiliki bakat luar biasa yang seperti yang dimiliki oleh pemuda ini!

Jika dilihat pada hasil-hasil kerjanya jelas menunjukkan kekemasan, kehalusan serta betapa terperincinya hasil kerja pemuda ini.

Dengan menggunakan sebuah kotak pensil Mitsubishi yang sangat tajam, halaman kanvas kosong menjadi medan seni buat Ohmori.

Sumber: boredpanda

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds