Bekas bos Yakuza, iaitu gangster yang dikehendaki polis Jepun akhirnya berjaya ditangkap di Thailand selepas gambar tatunya yang unik tular di media sosial.

Seorang warga Thailand teruja dengan tatu tersebut menangkap gambarnya tanpa mengetahui individu tersebut merupakan seorang ‘kepala gangster’. Gambar itu juga tular di media sosial dan dikongsi oleh 10,000 pengguna sosial media sehingga menjadi perhatian polis Jepun.

Shigeharu Shirai, 72, bekas orang nombor satu kumpulan Kodokai, berjaya ditahan oleh Unit Tindakan Khas Thailand ketika sedang membeli-belah di pasar di Lopburi, Thailand.

Selepas terlibat dalam pembunuhan penolongnya dan beberapa siri tembakan pada tahun 2003, dia menjadi buruan polis Jepun.

Selepas kejadian itu, Shigeharu melarikan diri ke Thailand pada tahun 2005. Kemudian, dia telah berkahwin dengan wanita tempatan dan menjalani kehidupan seperti biasa di Thailand.

Apabila pihak polis mengetahui tentang hal ini, mereka telah meminta kebenaran daripada polis Thailand untuk mengambil tindakan.

Menurut jurucakap polis Thailand, General Wirachai Songmetta,” Suspek mengakui dirinya sebagai ketua kumpulan Kodokai.”

Tujuh lagi anggota kumpulan tersebut berjaya ditahan polis dan sedang dihukum penjara selama 12 hingga 17 tahun.

Dia juga hidup secara persembunyian dengan menumpang rumah rakannya dan menetap di hotel. Selain itu, suspek turut mengaku masih berhubung dengan kumpulannya dan menerima wang dua hingga tiga tahun sekali.

Hasil siasatan turut mendapati, Shigeharu tinggal di Thailand secara haram tanpa pasport dan visa. Oleh itu, suspek akan didakwa di Thailand dahulu sebelum didakwa di Jepun.

Sumber: Suara TV

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds