Bagi golongan dewasa, masih sempat lagi untuk kita mengimbau kembali kenangan ketika kanak-kanak. Sudah tentu ada kartun yang kita minati suatu ketika dulu. Pasti banyak masa dihabiskan menonton rancangan kartun kegemaran dan bermain koleksi permainannya.

Tahukah anda Sultan Johor juga mengalami situasi yang sama. Baru-baru ini, baginda yang memang gemar akan kartun The Flintstones,  dihadiahkan replika kereta Flintstones!

Sumber: Facebook

Sudah diketahui umum bahawa baginda sememangnya mempunyai koleksi kereta yang sangat unik dan mengagumkan – malah Sultan sendiri memiliki Trak Optimus Prime.

Sumber: CarThrottle

Sumber: CarThrottle

Kereta Flintstones ini dihadiahkan oleh wakil kerabat diraja Pahang, iaitu Datuk Manjit Abdullah dan Tengku Mahkota Pahang iaitu Tengku Abdullah.

Jika anda tertanya-tanya adakah kereta berkenaan dapat dikemudikan menggunakan kaki seperti yang ditunjukkan menerusi kartun popular berkenaan, jawapannya adalah tidak. Ia tidak dapat digerakkan sebegitu rupa.

Sumber: Facebook

Versi kereta ini didatangkan dengan motor sendiri, dan ini membolehkan Sultan menggerakkan kereta ini tanpa menggunakan kaki baginda. Bukan itu sahaja, malah ia sesuai dengan iklim tropika di Malaysia – mempunyai atap fabrik yang mudah alih di samping cermin kaca di bahagian belakang.

Jika kita lihat kembali kereta Flintstones yang asal, bahagian belakangnya dikosongkan begitu sahaja, di mana ia berfungsi sebagai tingkap.

Sumber: Facebook

Hanya Sultan Ibrahim sahaja yang berhak  memiliki kereta bertemakan Flintstones berkenaan kerana ia bagi melengkapkan rumah Flintstones baginda.

Jadi, kita tunggu sahaja sama ada Sultan mahu membawa kereta Flintstones baginda semasa program jelajah Johor atau tidak pada masa akan datang. Kita tunggu ya!

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: Automobil GAYA HIDUP

Video Popular

Ad will display in 10 seconds