Dua tahun yang lalu, sorang bapa membawa anak perempuannya yang berusia setahun yang menghidap selesema bertemu dengan seorang doktor. Doktor itu kemudian memeriksa telinga, hidung, tekak dan dada anak perempuannya melalui prosedur biasa.

Selepas selesai melakukan pemeriksaan, doktor tersebut memberitahu bapa itu untuk membawa anaknya pulang. Dia hanya menasihati lelaki tersebut untuk memberi anak perempuannya minuman suam dan biarkan dia berehat di atas katil.

Tidak hanya itu doktor tersebut jug tidak memberikan sebarang ubat untuk anak perempuannya membuatkan lelaki itu kemudian meminta ubat untuk mengubati anaknya. Doktor itu hanya berkata, “periksa dia dalam dua hari lagi. Jika tidak ada komplikasi dalam dua hari, biarkan badannya melawan virus itu sendiri kerana dengan itu dapat membantu menguatkan sistem imunnya. “

Anak perempuannya kemudian pulih daripada selesema tanpa menggunakan sebarang ubat!

Apa yang menariknya, di Jerman, ahli pediatrik akan memberikan pengetahuan atau maklumat mengenai pertolongan cemas percuma kepada ibu bapa. Pelajaran yang diberikan adalah mengenai kaedah untuk mengendalikan kanak-kanak yang sakit dan memberi rawatan kecemasan yang betul sebelum membawanya berjumpa doktor.

Dalam pelajaran pertolongan cemas, ibu bapa diajar tentang bagaimana menangani pelbagai jangkitan biasa seperti selesema dan demam. Ini adalah untuk mengurangkan kebarangkalian jangkitan akan menjadi semakin buruk sementara ibu bapa membawa anak mereka berjumpa doktor dan untuk mengelakkan sebarang jangkitan serius baru sambil menunggu giliran mereka di klinik.

Selain itu, salah satu perkara yang diajar dalam pertolongan cemas adalah ‘cooling tie method’

Mari kita cari kaedah ini!

Langkah 1:

Rendam dua helai tuala dalam air suam kemudian perah tuala tersebut.

Langkah 2:

Ikat tuala tersebut di kaki anak anda, satu tuala untuk setiap kaki. Tunggu sehingga 20 minit dan kemudian keringkan kaki anak anda dengan tuala kering.

Ulangi kaedah ini beberapa kali sehingga suhu badan anak anak menjadi normal seperti biasa.

Kaedah ini dikatakan begitu popular dalam kalangan ibu bapa di Jerman untuk merawat kanak-kanak yang selesema dan deman. Tuala hangat dapat memberikan keselesaan kepada kanak-kanak dan apabila tuala yang digunakan mulai sejuk, suhu badan kanak-kanak mulai dapat dikurangkan.

Sumber: GoodTimes

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds