Ini adalah kisah seorang penagih heroin yang hidupnya berubah sepenuhnya. Transformasinya tidak datang dengan apa-apa bantuan pusat pemulihan tetapi dengan buku yang dia terima secara kebetulan.

Phan Thanh Hai, dilahirkan di bandar Tuy Hoa di Vietnam. Merupakan anak bongsu dalam keluarganya, ibu bapanya menyayanginya dengan sepenuh hati dan dibesarkan menjadi anak yang taat. Namun, dia terperangkap ke sisi gelap masyarakat.

Tabiat buruknya telah mengubah hidupnya, apabila kali pertama dia diperkenalkan dengan permainan video. Ini menjadikan dia kurang fokus dalam pelajarannya.

Dalam surat yang disiarkan di DKN.tv, dia berkata, “Saya ponteng kelas dan menggunakan sebahagian besar yuran pengajian saya untuk memuaskan nafsu.” Orang tuanya tidak tahu bahawa dia melakukan semua ini di belakang mereka, kepada mereka dia masih anak yang patuh.

Lama-kelamaan, dia telah menguasai kebanyakan permainan video yang popular. Dia juga mula menipu dan mendapati cara yang tidak jujur ​​untuk mendapatkan wang.

Dia menghabiskan sebahagian besar wang untuk melepak dengan rakan-rakannya dan kebiasaannya mereka merokok dan minum arak. Ibu bapanya terkejut apabila mengetahui bahawa anak mereka telah berubah ke arah keburukan.

“Secara jujur, ada kalanya saya bosan dan mula mempersoalkan diri saya makna sebenar kehidupan ini. Tetapi sekali lagi, pemikiran itu hilang secepat angin bertiup, kerana saya ditarik balik ke realiti, “katanya. Pada masa ini dia berasa seperti tidak ada harapan untuk meneruskan hidup dan tiada yang dapat menyembuhkannya.

Perkara yang paling tidak dijangka berlaku dalam hidupnya apabila dia kehilangan abangnya dalam kemalangan kereta. Ia sangat menghancurkan hati Phan kerana dia sangat rapat dengan abangnya itu.

Dia berkata, “Saya terkejut. Saya berasa kosong, seolah-olah sebahagian daripada jiwaku hilang. Pemikiran kehidupan ini adalah terlalu singkat menghantui saya.”

Untuk mengubat kehilangan abang yang menyakitkannya, dia mula mengambil dadah untuk menyembuhkan hati yang patah. Dia sering berpesta sehingga larut malam dengan kawan-kawannya dan mengganggu jiran-jirannya kerana bunyi bising.

“Bahan-bahan yang menyalahi undang-undang itu membuat saya khayal. Saya tidak lagi tahu siapa saya, “katanya. Pada mulanya, dia ketagih dengan dadah halusinogen tetapi kemudian, dia dan kawan-kawannya bertukar kepada ganja untuk mendapatkan kepuasan yang lebih tinggi. Pada usia 18 tahun, dia telah terjebak dengan ketagihan ganja.

Kredit: DKN.tv

Itu bukan pengakhirannya. Perkara menjadi lebih buruk apabila dia mula diperkenalkan kepada dadah heroin. Dia menagih heroin sehingga penampilannya berubah menjadi semakin teruk. Keadaan mata yang tenggelam dan pupil mata yang kecil. Dia terus menambah bahawa “dia telah menjadi hamba kepada heroin.”

Menjelang tahun 2009, Phan dan rakannya dikenali sebagai “geng penagih dadah” di kawasan kejiranannya. Orang ramai mula mengelakkannya kerana mereka fikir dia adalah sebahagian daripada kumpulan itu.

Kawan-kawannya mula merompak wang untuk membeli lebih banyak dadah dan perkara tersebut membuatnya tidak selesa dan cemas tentang hidupnya. Dengan kesedaran dan semangat yang kuat, Phan memutuskan untuk melarikan diri daripada kawan-kawannya dan dia berpindah ke selatan.

Sekarang, jauh daripada kawan-kawannya, dia fikir keadaan itu akan berubah, tetapi tidak. Dia mula mengalami ketagihan heroin dan ini membuatnya menghisap dadah heroin setiap hari.

Dengan kehidupan seperti itu, dia berkata “Saya merosakkan masa depan saya dan hidup saya seperti tiada tujuan. Saya bersendirian kerana tidak ada sesiapa yang mahu dekat dengan seorang penagih heroin. “

Tetapi, keajaiban yang tidak diduga berlaku dalam hidupnya, dia mengalami mimpi. Mimpi itu membuatnya tertanya-tanya apakah ‘Buddha’ itu benar dan mimpi itu seakan-akan membawanya ke tempat yang membuatnya merasa seperti berada di syurga. Selepas itu, dia kembali kepada agama dan cuba mencari jalan yang berbeza untuk mencari orang yang dapat mengubahnya.

Pada tahun 2011, Phan bertemu seorang lelaki yang memperkenalkannya kepada amalan rohani yang dikenali sebagai Falun Dafa (juga dikenali sebagai Falun Gong), dan memberinya buku yang dipanggil Zhuan Falun. Tetapi, dia tidak membacanya, kerana dia terlalu buta dengan ketagihannya.

Kredit: DKN.tv

Pada bulan Mei 2012, selepas melarikan diri daripada rumah dan wangnya habis dibelanjakan ke atas dadah, dia kembali ke rumahnya. Tetapi, keadaan menjadi semakin buruk apabila ibu bapanya terpaksa menjual rumah mereka untuk membayar hutangnya. Dia berkata, “Ia begitu sukar, tetapi kami mencuba sedaya upaya untuk meneruskan hidup selepas apa yang telah berlaku.”

Dengan kesengsaraan  yang melanda, Phan memutuskan untuk beralih kepada buku, Zhuan Falun yang telah diterimanya sebelum ini. Sebaik sahaja dia membuka halaman pertama, perasaan yang tidak dapat dijelaskan menusuk kalbunya. Dia menerangkan, “Saya membaca halaman demi halaman dengan penuh perhatian. Kata-kata buku itu menyalakan kembali jiwa busuk saya, seperti membuka mata saya. Saya fikir, inilah laluan hidup yang saya cari selama ini. “

Sejak itu, dia telah memegang prinsip: Sejati, Baik dan Sabar. Tetapi selama tiga bulan, ia adalah pertempuran besar buat Phan, kerana dia tergoda oleh keinginannya untuk kembali menagih dadah. Beliau berkata, “Ajaran-ajaran Zhuan Falun adalah benih harapan yang berkembang dan menyiram jiwa saya yang seperti padang pasir. Menghilangkan pemikiran yang buruk, dan melawan ketagihan saya.”

Phan mula mengamalkan latihan Falun Gong

Kredit: DKN.tv

Selepas tiga bulan membaca buku itu, Phan menyertai kumpulan itu untuk mengamalkan latihan Falun Gong, dan dia mengalami perubahan besar. Dia mula melakukan kerja amal dan dia berasa sangat bersyukur. Transformasi ini sukar dipercayai.

Amalan ini membawa era baru dalam kehidupan Phan ketika dia berkahwin. Dia membuka kedai gunting rambut untuk mencari nafkah. Isteri dan anaknya juga mula mengamalkan ajaran Falun Dafa dan prinsip: Sejati, Baik dan Sabar.

Phan bersama isterinya

Kredit: DKN.tv

Jiran-jirannya terkejut dengan perubahannya. Dia berkata, “Mereka yang mengelak daripada saya dahulu berkata kepada saya: ” Anda telah berubah menjadi lebih baik, lebih baik daripada saya.”

Kawan-kawannya yang merupakan sebahagian daripada “geng penagih dadah” sangat terkesan oleh transformasinya sehingga mereka mula meminjam buku yang mengubah hidupnya itu.

Phan dan keluarganya mengamalkan latihan kelima Falun Gong

Kredit: DKN.tv

Membaca buku Falun Dafa

Kredit: DKN.tv

Sudah tentu, kehidupannya berubah 360 darjah dan membuat kita percaya bahawa setiap masalah pasti ada jalan keluarnya.

Falun Dafa (juga dikenali sebagai Falun Gong) adalah sistem meditasi pembaikan diri berdasarkan prinsip: Sejati, Baik, dan Sabar. Ia diperkenalkan kepada orang ramai oleh Encik Li Hongzhi pada tahun 1992 di China. Ia kini diamalkan oleh lebih 100 juta orang di 114 negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

www.FalunDafa.org dan www.FalunInfo.org.

Sumber: DKN.tv

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds