Berita Hiburan, VIDEO

Ramai terhibur ketika wartawan ini menyampaikan laporan kerana ‘persembahan tambahan’ di belakangnya. Lucu betul!

Ramai terhibur ketika wartawan ini menyampaikan laporan kerana ‘persembahan tambahan’ di belakangnya. Lucu betul!

Kadangkala, pelbagai perkara yang melucukan berada betul-betul di belakang anda tanpa disedari.

Rakan-rakan menampal nota “Saya suka kentut’ di belakang anda atau menunjukkan simbol tanduk pada kepala anda sewaktu bergambar merupakan antara contoh yang terbaik.

Bagi wartawan, tanggungjawab utama mereka adalah untuk sentiasa memandang kamera dan melaporkan berita mengenai sesuatu kejadian.

Namun bagi wartawan sukan bernama Keith Murphy ini, satu insiden melucukan telah berlaku di belakangnya sewaktu melaporkan berita secara langsung.

Kredit foto: Facebook

Dalam satu rakaman, Keith dikatakan sedang melaporkan keputusan kemenangan dramatik antara Utara Iowa yang menang menentang Indiana. Tanpa beliau sedari, terdapat seorang peminat Iowa sedang melakukan aksi-aksi riang dan teruja dengan kemenangan itu.

Kredit foto: Facebook

Wanita ini kelihatan sungguh gembira meraikan kemenangan pasukan pilihannya dan dia tanpa segan silu mempamerkan kegembiraannya di khalayak ramai.

Kredit foto: Facebook

Selepas beberapa saat, wanita ini kelihatan mahu berlalu pergi namun sangkaan anda meleset! Dia sebenarnya belum puas lagi meraikan kemenangan tersebut!

Anda boleh lihat bagaimana wanita ini beraksi dengan berbaring di atas jalan raya sambil mengangkat kakinya ke atas. Suka betul dia ya?

Kejadian secara langsung yang melucukan ini membuatkan penyampai berita di studio turut terkesan dengan keletah wanita tersebut. Penyampai berita ini nampaknya tidak mampu menahan ketawa dengan apa yang dilihatnya.

Kredit foto: Facebook

Apa yang lebih melucukan adalah, Keith langsung tidak mengetahui apa yang telah berlaku di belakangnya.

Sumber: inspireMORE

Tonton video lucu di bawah dan anda pasti tidak akan melupakan video yang sangat menghiburkan ini.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...