Apabila bawa bekal makanan, kita perlu mengehadkan kandungan makanan kerana bekas kita tidak terlalu besar untuk membawa semuanya.

Oleh sebab itu, kita terpaksa membeli makanan di restoran bagi mengisi perut yang kosong. Kalau makan di restoran, mahal pula!

Baru-baru ini, seorang wanita menjadi bualan hangat di Twitter apabila menggunakan bekas kuih raya untuk mengisi bekalan makanannya. Wow, kreatif sungguh! 

Dikenali sebagai Arlina Avocado di Twitter, perkongsiannya mengenai bekas kuih raya sebagai bekas makanan trending di Twitter.

Bagi peminat masakan kampung, bekas kuih raya sememangnya tepat untuk anda kerana boleh mengisi pelbagai lauk-pauk yang menjadi kegemaran anda.

Kaedah ini juga boleh menjadi jimat jika anda makan bersama rakan-rakan anda. Makanan yang banyak itu lebih baik jika dapat dikongsi bersama.

Mana tidaknya, wanita ini membawa tujuh jenis lauk bersama semangkuk nasi untuk hidangan tengah harinya. Lauk yang telah dibawanya ialah tempe goreng, telur masin, sambal belacan, petai jeruk, siput sedut, terung sambal, dan daging tetel.

@arlinabanana | Twitter

Tidak pasti sama ada wanita ini menghabiskan kesemua lauk dalam satu masa, tetapi kaedah ini amat baik jika anda makan lebih daripada seorang.

Para pengguna Twitter memuji kaedah yang digunakan dan menganggap beliau seorang yang genius.

Sumber: Arlina Avocado

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds