NASIONAL

Dua perkara yang harus dilihat supaya tidak terbeli Jagung Mutiara tiruan di pasaran

Dua perkara yang harus dilihat supaya tidak terbeli Jagung Mutiara tiruan di pasaran

Dalam zaman kini bukan sahaja barangan elektrik, baju yang berjenama, atau pakaian sukan diciplak malah buah-buahan juga menjadi mangsa diciplak.

Buah-buahan yang sepatutnya menjadi makanan yang menyihatkan tetapi anda sekarang perlu berhati-hati membelinya kerana terdapat buah-buahan tiruan.

Seorang pengguna Facebook, Minar Farahni, telah merakam satu video yang menunjukkan seorang peniaga yang bertanggungjawab memberi penerangan mengenai jagung mutiara yang asli.

Menurut peniaga ini, pasaran memang mempunyai dua jenis produk jagung, jagung mutiara asli dari Cameron Highland, manakala yang tiruan ialah tanaman jagung dari Ipoh, Perak.

Facebook

Pastikan anda melihat ciri-ciri yang dinyatakan di bawah supaya dapat menikmati jagung mutiara asli dari Cameron Highland.

1. Tekstur Kulit 

Tekstur kulit jagung tiruan keras dan kesat. Tetapi, kulit jagung asli lembut dan licin. Sebelum anda membeli jagung mutiara, anda perlu merasai kulitnya terlebih dahulu untuk membandingkan kulit yang licin atau kesat.

Jagung mutiara asli

Facebook

Jagung mutiara tiruan

2. Biji Jagung 

Perbezaan juga dapat dibezakan daripada warna biji jagung. Jagung mutiara asli hanya mempunyai dua warna iaitu kuning dan putih. Tetapi, jagung mutiara tidak asli mempunyai ton warna yang tidak sekata antara warna putih dengan kuning.

Ini sahaja perbezaan yang perlu diperhatikan supaya para pengguna tidak tertipu. Ketika membeli jagung mutiara, terdapat juga penjual yang mencampurkan jagung mutiara asli dengan tidak asli bagi mengaburi mata pengguna.

Peniaga ini turut berkata, jagung mutiara asli mempunyai rasa lemak seperti santan dan manis seperti gula walaupun tidak perlu dimasak.

Kepada para peniaga, berniagalah dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Sedarlah anda juga mempunyai tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pengguna.

Sumber: Conrat Cameron

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...