Setiap makhluk di dunia sama ada manusia mahupun haiwan tidak gemarkan keadaan suhu yang sejuk membeku. Buaya misalnya, boleh anda bayangkan bagaimana mereka bertahan dalam cuaca yang sejuk di dalam kawasan air yang sudah bertukar menjadi ais?

Sebenarnya buaya-buaya ini mempunyai taktik dan helah tersendiri untuk kekal hidup walaupun keadaan tidak mengizinkan.

Dalam video di bawah menunjukkan bagaimana buaya mengeluarkan muncung mereka daripada kawasan air yang membeku.

Pada awalnya buaya-buaya ini kelihatan seperti sudah mati membeku tetapi menurut pengurus di kawasan berkenaan, buaya-buaya ini sebenarnya masih hidup!

Menurut pengurus berkenaan iaitu George Howard, “Buaya boleh mengesan perubahan suhu dan akan mengeluarkan muncung mereka dari permukaan air untuk bernafas”.

Howard turut menjelaskan bahawa haiwan berdarah sejuk ini sangat tidak suka dengan suhu yang sejuk ke paras beku seperti mana manusia.

Nasib baik buaya-buaya ini dikurniakan dengan kecerdikan akal. Jika buaya tidak mengeluarkan hidung mereka dari paras permukaan air, buaya-buaya ini boleh mati hanya dalam tempoh 24 jam sahaja.

Tambah Howard lagi, apabila buaya berada di dalam air berais, mereka akan berada dalam keadaan dorman yang disebut sebagai torpor. Dalam keadaan ini, buaya akan memperlahankan kadar metabolisme. Malah, buaya turut akan bergerak dan tidak akan berhibernasi seperti mamalia lain. Cuma pergerakannya agak lambat.

Kini, suhu sudah semakin meningkat dan telah mencairkan ais di sekitar kawasan tersebut.

Lihat video bagaimana buaya-buaya ini bertahan dan kekal hidup dengan cara yang sangat unik!

Sumber: Elite Readers

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds