Sudah berkali-kali bagi kita yang tidak merokok ini mengatakan, merokok itu membahayakan kesihatan kepada diri sendiri dan orang lain. Dan masih ramai perokok yang tidak faham dan meneruskan tabiat yang memudaratkan ini.

Mungkin anda sudah berasa muak apabila menasihatkan golongan perokok agar tidak mendekati bayi atau anak kecil semasa mereka sedang atau selepas merokok. Namun, nasihat itu seakan tidak pernah didengari dan seperti tidak difahami.

Apabila ada ibu bapa yang menolak permintaan perokok yang mahu mendukung anak mereka, ibu bapa telah disalah erti dengan mengatakan mereka sombong, lokek, kedekut dan sebagainya.

Perokok ini sebenarnya tidak tahu, yang asap rokok itu amat merbahaya kepada anak kecil dan ada ibu bapa yang berasa bimbang sekiranya anak mereka akan mengidap penyakit akibat terdedah kepada asap rokok yang dibawa oleh perokok.

Kredit: gunnaresiason.com

Seorang pengguna Facebook yang bernama Huda Farid Irfan Ali telah berkongsi pengalamannya tentang penderitaan yang telah dialami oleh bayinya akibat terhidu asap rokok yang telah dibawa oleh perokok yang mendekatinya.

Kredit: limabelasfebuariblog

Huda Farid  Irfan Ali telah menulis di dalam Facebooknya:

Tabiat merokok itu sebenarnya terpulang kepada individu. Tetapi sebaik sahaja selepas merokok, jangan pula anda terus sahaja mencapai anak kecil dan mendukungnya.

Yang akan menanggung akibat mendapat penyakit ialah anak-anak tersebut dan ibu bapanya yang bersengkang mata berjaga dan merasa bimbang di malam hari. Apabila ibu dan bapa tidak membenarkan anak mereka didukung oleh perokok, mereka dikatakan sombong. Mereka tidak faham, bekas dari asap rokok yang mereka hembus itu akan memberi kesan yang amat merbahaya.

Anak saya telah dikejarkan ke hospital pada jam 1.30 pagi dan ditempatkan di wad kecemasan separa kritikal. Anak saya telah diberikan bekalan oksigen sebanyak dua kali, menjalani imbasan x-ray dan diambil sampel darah untuk pemeriksaan lanjut.

Selepas menjalankan diagnosis, doktor telah mengesahkan terdapat virus dan jangkitan kuman akibat terdedah kepada asap rokok di dalam badan anak saya. Virus tersebut telah menyebabkan anak saya mengalami demam panas dan sesak nafas.

Harap jadikan kes anak saya ini sebagai pengajaran.

Kredit: wikimedia

Jadi berhati-hatilah apabila perokok ingin mendekati anak anda. Bukan kita mahu bersikap sombong tetapi sebagai mahu berwaspada demi menjaga kesihatan anak-anak kecil dan diri kita juga yang tidak suka dengan bau dan asap rokok yang kita tidak pernah sentuh tetapi akhirnya menanggung akibat.

Dan kepada para perokok yang diharapkan menjadi prihatin di luar sana, sebelum anda merokok, sila perhatikan keadaan sekeliling.

Ambil peduli akan keadaan orang lain terutama yang mempunyai bayi dan anak kecil. Anda sepatutnya peka dengan masalah yang akan dialami oleh mereka sekiranya anda mendekati anak mereka tanpa sedar dan peduli.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds