Ada sesiapa yang menyukai gaya rambut pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un? Gaya rambut Kim Jong-un sama tahapnya seperti gaya rambut Donald Trump kerana ia lebih merupakan simbol dari gaya. Tidakkah itu sesuatu yang pelik lagi aneh?

Beberapa hari yang lalu, seorang netizen dari Serbia telah mendapat idea yang sangat pelik apabila beliau telah pergi ke kedai gunting dan membawa bersama foto ikon Korea Utara pujaan ramai rakyatnya, Presiden Kim Jong-un.

Sambil memegang foto Kim Jong-un, pemuda ini meminta tukang gunting menggunting rambutnya dengan gaya rambut Kim Jong-un. Selepas menggunting dan merapi rambut pemuda ini, hasil terakhirnya adalah seperti ini…

Ini adalah gaya rambut dengan potret Kim Jong-un, bukan gaya rambut Kim Jong-un.

Dan tukang gunting dan penggaya rambut ini bernama Maria Hvala.

Kepakaran Maria Hvala ialah mencukur dan merapi potret selebriti di belakang kepala pelanggan menurut permintaan pelanggannya. Di bawah adalah antara hasil kerja terkininya.

Setelah melihat hasil kerja Maria Hvala ini, ramai netizen yang memberi  komen:

” Ia dilihat terlalu serupa!”

“Apa akan terjadi jika dia melawat Pyongyang dengan gaya rambut itu?”

Gaya rambut para pemuda ini terlalu kreatif dan semestinya ia akan menarik ramai peminat dan penonton.

Lihat video di bawah.

Kredit foto: www.cocomy.net

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds