Jaila Gladden tidak pernah menyangka bahawa dia akan melalui sejarah hitam yang mengubah hidupnya buat selamanya. Pelajar berusia 21 tahun itu sedang menuju ke kereta dari asramanya yang terletak di Carrollton, Georgia untuk ke pasaraya Kroger pada malam itu. Seorang lelaki yang berada di tempat parkir kereta menyapanya dan bertanya kepadanya jika dia mempunyai pemetik api. Jaila memberitahu lelaki tersebut bahawa dia tidak memiliki pemetik api tetapi lelaki itu tetap mengikutinya. Setiba di keretanya, dia merasakan ada pisau ditekan ke tubuhnya.

Pelajar berusia 21 tahun, Jaila Gladden diculik di tempat letak kereta di Georgia.Kredit: Jaila Symone Gladden

Dia merasakan pisau ditekan ke tubuhnya ketika dia sampai ke keretanya.

Kredit: Google Earth

Penculik lelaki tersebut memaksanya masuk ke dalam kereta dan bertanyakan jika Jaila tahu bagaimana hendak ke Atlanta yang terletak 80 kilometer dari Carrollton. Selepas beberapa minit, penculik memberhentikan kereta tersebut di sebuah gereja yang terbengkalai. Menurut Jaila, penculik itu memaksanya menanggalkan pakaiannya. Jaila merayu tetapi penculik tersebut tidak mengendahkannya malah dia berkata, “tiada gunanya menangis” lalu merogol Jaila di dalam kereta. Selepas itu penculik meneruskan perjalanan.

Penculik tersebut meminta Jaila menunjukkan stesyen minyak dan pada ketika itulah Jaila mendapat idea bijak. Dia berkata kepada penculik tersebut bahawa dia memerlukan telefon bimbitnya untuk mencari lokasi stesyen minyak melalui google dan alasan itu sudah cukup untuk penculik itu mengembalikan telefon bimbitnya.

Jaila mengambil peluang berkongsi lokasi dengan teman lelakinya dan memberitahunya bahawa dia diculik dengan cara mengejanya secara salah. Katanya kepada BuzzFeed, tindakannya itu adalah yang paling logik ketika itu. 

Teman lelakinya bergegas ke balai polis tempatan untuk membuat laporan dan pihak polis memberitahu Jabatan Polis Atlanta mengenai penculikan tersebut.

Kredit: Jaila Symone Gladden

Seorang pegawai polis di Atlanta melihat kereta yang sepadan seperti yang dilaporkan. 

Kredit: Mike Focus

Penculik itu kemudiannya ditahan dan didakwa di atas kesalahan menyerang mangsa secara teruk, merogol, meliwat dan menyerang seorang pegawai polis. Kini dia sedang menunggu untuk dibicarakan. Biarpun Jaila telah melalui detik hitam itu tetapi dia bersyukur kerana tidak dibunuh oleh penculik tersebut.

Sumber: BuzzFeed

Video di bawah ialah rakaman penculikan tersebut.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds