Ibu… dialah yang telah mengandungkan, melahirkan dan membesarkan kita tanpa sekali pun merungut sepanjang menjaga kita. Hampir semua kemahuan kita ibu turutkan biarpun kadang-kadang dia tidak berduit tetapi dia tetap berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak kita. Ada masanya, ibu sanggup berbohong mengatakan dia sudah kenyang demi memberikan sesuap nasi kepada kita. Terlalu besar pengorbanan seorang ibu. Namun berapa ramai anak yang benar-benar membalas jasa ibu?

Seorang pengguna Twitter Shahreen Rahim telah membuktikan bahawa masih ada anak yang tahu membalas jasa ibu mereka melalui gambar yang dirakam ketika dia berada di sebuah restoran. Tweetnya itu telah menjadi tular dan di tweet semula sebanyak 13 ribu manakala 8800 suka.

Kata Shahreen Rahim di dalam akaun Twitter miliknya itu, “Saya tidak minta apa-apa kecuali syurga tertinggi untuk lelaki ini dan ibunya.”

Shahreen Rahim berasa terkesan melihat cara lelaki itu yang sabar melayan ibunya yang sudah uzur untuk diberi makan.

Lelaki itu juga dilihat dengan mesra meletakkan tangannya di atas ibunya dan dengan lembut mengangkat ibunya lalu membawanya daripada kerusi roda masuk ke dalam kereta.

Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada semua orang untuk berusaha menjadi anak yang berguna kepada orang tua terutamanya ibu bapa. Jika kita sudah bekerja dan berumah tangga serta tidak tinggal bersama mereka lagi, rajinkanlah diri kita untuk kerap bertanyakan khabar mereka. Carilah masa untuk pulang ke kampung untuk menjenguk mereka dan jangan pernah gunakan alasan “saya sibuk” dengan mereka. Ingatlah apa yang telah mereka lakukan untuk kita sejak daripada kecil yang mana mereka tidak pernah minta kita untuk membalasnya.

Mari hayati bait-bait lagu Syurga Ditelapak Kaki Ibu nyanyian Aishah.

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan
Betapakah besar budi ibunda berikan
Siang malam menderita
Hingga entah bila
Sungguh besar pengorbanan
Ibunda berikan

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu

Duhai apakah gerangan budi balasan
Bagi insan melahirkan, membesarkan

Tiada bahagia jika tiada
Doa puja restu
Syurga itu telapak kaki ibu
Syurga itu telapak kaki ibu

Sumber: Shahreen Rahim‏

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 10 seconds