Bagi kebanyakan selebriti, mereka lazimnya memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup – yang dihadiri oleh saudara dan rakan terdekat sahaja. Hal ini adalah untuk menjaga privasi mereka dan mereka mengelakkan hal peribadi mereka terdedah. Tetapi, lain pula halnya dengan pelawak popular, Abam Bocey.

Beliau ada menguar-uarkan jemputan majlis perkahwinannya menerusi akaun Instagramnya buat seluruh rakyat Malaysia, termasuklah keluarga, rakan artis, jiran tetangga dan semua pengikut laman Instagram serta peminatnya. Majlis persandingannya dikhabarkan akan berlangsung pada 20 Januari 2018.

abam_bocik / Instagram

Abam atau nama asalnya, Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan dikatakan akan mengadakan majlis berkenaan di kediamannya yang beralamat: No. 222 Kampung Sg. Salak Batu 10, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, bermula pada pukul 12 tengah hari sehinggalah majlis selesai.

“Assalammualaikum, saya dengan rendah diri menjemput kawan-kawan, saudara-mara dan semua rakyat Malaysia untuk hadir di majlis walimatulurus sebelah lelaki pada 20 Januari 2018,” tulis pelawak berkenaan.

Abam juga ada meminta semua pengikutnya di Instagram untuk memberitahu dan memanjangkan jemputan majlisnya kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak kira agama, bangsa, pangkat dan gelaran.

Abam telah selamat disatukan dengan wanita pilihannya iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali pada 8 Disember yang lalu dengan hanya sekali lafaz.

Sumber: abam_bocik / Instagram

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds