Ikan yu paus atau nama saintifiknya Rhincodon typus, adalah sejenis ikan yu yang bergerak perlahan dan merupakan haiwan yang mangamalkan diet pemakanan bertapis. Ia juga merupakan spesies ikan bersaiz besar dan gergasi.

Baru-baru ini, Conservation International, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang beribu pejabat di Washington, DC telah berkongsi video unik tentang ikan yu paus sedang ‘mencuri’ hasil tangkapan nelayan.

Walaupun video singkat ini hanya 46 saat, kita dapat mempelajari rantaian makanan alam semulajadi yang unik! Pada masa yang sama, kita dapat melihat kepandaian ikan yu paus dalam ‘mencuri’ makanan.

Apabila ikan yu paus ini menemui pukat nelayan yang penuh dengan ikan kecil di dalamnya, ia bertindak untuk ‘mencuri’ makan ikan kecil di dalamnya dengan menggigit pukat itu.

Kredit foto: YouTube Screenshot

Ikan yu paus: “Uhh, ia berfungsi!”

Kredit foto: YouTube Screenshot

Kemudian ia menyedut ikan kecil di dalam pukat itu.

Kredit foto: YouTube Screenshot

Ikan yu paus: “Saya telah berlatih sebelum ini. Oh! Jangan tiru aksi ini di rumah!”

Kredit foto: YouTube Screenshot

Nampaknya tariknya menjadi. Ikan-ikan kecil di dalam pukat itu berjaya disedut masuk ke dalam perutnya.

Kredit foto: YouTube Screenshot

Terdapat sebahagian ikan-ikan kecil yang terlepas daripada pukat itu, mengambil peluang untuk melarikan diri. Mereka perlu berterima kasih kepada ikan yu paus tersebut kerana menyelamatkan mereka!

Ternyata nelayan tersebut mengalami kerugian besar, pukat yang rosak dan hasil tangkapan ‘dicuri’ oleh ikan yu paus.

Sumber: Beauties of Life

Tonton video di bawah:

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: Pesona Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 10 seconds