Membuat perancangan perkahwinan adalah satu masalah yang tidak berkesudahan. Hal ini kerana setiap pasangan yang bakal berkahwin mahukan majlis persandingan mereka menjadi satu memori yang cukup sempurna.

Berbeza dengan pengantin baru dari Hong Kong ini, mereka ternyata tidak dapat menyembunyikan kekecewaan setelah menerima gambar rasmi daripada jurugambar pernikahan.

Apa yang benar-benar menyedihkan pasangan ini adalah hasil gambar sekitar majlis perkahwinan mereka tidak berjaya mencapai jangkaan yang memuaskan.

Jadi, pasangan ini telah memutuskan untuk mengkritik hasil kerja jurugambar berkenaan dengan menulis sebuah dokumen sepanjang 30 mukasurat yang memfokuskan kepada setiap kesalahan.

Peta Pixel

Daripada dokumen berkenaan, dapat dilihat bagaimana pasangan ini mengkritik kemahiran komposisi jurugambar dengan melukis grid pada setiap gambar dan menambah anak panah yang menunjukkan setiap kesalahan.

Peta Pixel

Gambar-gambar berkenaan dengan segera menular di Facebook dan mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan pasangan ini. Berikut merupakan antara komen-komen yang dilontarkan netizen.

“Walaupun gambar-gambar ini kelihatan teruk, anda pasti sudah melihat hasil kerja jurugambar dan setelah itu barulah mengambil perkhidmatan mereka. Ini adalah salah pelanggan dan bukan jurugambar”.

“Anda dapat hasil yang sepadan dengan harga yang anda bayar. Jangan merungut jika anda hanya mampu mengupah khidmat jurugambar amatur tetapi mahukan hasil seperti gambar profesional. Tiada siapa boleh membeli Lamborghini atau Ferrari dengan harga Honda”.

“Mungkin mereka patut ambil gambar mereka sendiri!”

Ada juga netizen yang menyokong tindakan pasangan ini dengan berkata:

“Gambar-gambar itu memang agak teruk. Kita tidak boleh salahkan pelanggan kerana tidak berpuas hati dengan hasil gambar pada hari perkahwinan mereka”.

Walaupun ramai yang berpendapat tindakan mereka sebagai kejam, kritikan-kritikan yang dilontarkan sebenarnya ada kebenaran. Lihat contoh gambar di bawah yang menunjukkan bagaimana kepala pengapit telah dipotong. Gambar yang sangat tidak profesional!

Peta Pixel

Apa pandangan anda? Adakah tindakan pasangan ini agak keterlaluan atau mereka sememangnya mempunyai hak untuk menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap hasil gambar ini?

Sumber: World of Buzz

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds