NASIONAL

DBKL tawar diskaun istimewa – Saman serendah RM20 sahaja! Ayuh segera buat pembayaran

DBKL tawar diskaun istimewa – Saman serendah RM20 sahaja! Ayuh segera buat pembayaran

KUALA LUMPUR – Diskaun istimewa untuk anda yang belum membuat bayaran saman serendah RM20 sehingga 28 Februari ini.

Mengaku sahajalah, siapa yang tidak sukakan tawaran diskaun bukan? Sama ada jualan hujung tahun atau diskaun sempena perayaan, orang ramai pasti tidak akan ketinggalan untuk merebut peluang bagi mendapatkan barangan dengan harga yang sangat rendah!

Kami ada satu lagi berita baik untuk anda. Diskaun saman DBKL serendah RM20 sahaja!

Murah bukan?

MyNewsHub

Menurut sumber, tempoh promosi ini sedang berlaku dari sekarang dan bakal berakhir pada 28 Februari! Namun penawaran diskaun ini hanya tertakluk pada kesalahan trafik dan tidak sah bagi kesalahan lain yang telah disenarai hitam atau dibawa ke mahkamah.

Berikut merupakan kadar khas yang telah ditetapkan:

  • Motosikal = RM20
  • Kereta = RM30
  • Kenderaan berat (Lori, Bas dan lain-lain) = RM50

Astro Awani

Harga yang sangat berbaloi! Selalunya, kita akan lihat senarai saman yang serendah RM100 hingga RM300 dan peluang ini merupakan peluang keemasan bagi anda untuk segera membayar saman sementara tempoh masih sah.

Mneurut DBKL, keputusan untuk mengadakan promosi diskaun sama ini adalah disebabkan oleh peningkatan jumlah saman secara drastik dengan notis kompaun mencecah 3.2 juta sejak tahun 2014 hingga 2016.

Utusan Online

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM10 juta nilai saman telah dikeluarkan dan pihaknya terpaksa memaksa pesalah untuk segera melakukan pembayaran jika tidak mahu disenarai hitam.

Star Property

Sumber turut menjelaskan bahawa promosi ini telah berlangsung selama tiga tahun dan kemungkinan besar tahun ini bakal menjadi tahun terakhir bagi promosi berkenaan.

Jadi apa tunggu lagi? Cepat cari saman-saman anda yang tertunggak dan segera membayarnya!

Untuk sebarang maklumat lanjut sila layari laman rasmi DBKL di sini.

Sumber: World of Buzz

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...