Keluarga

Seorang ibu membiarkan anak kecilnya memilihkan pakaian untuknya selama 5 hari. Anda pasti terpegun dengan hasilnya!

Seorang ibu membiarkan anak kecilnya memilihkan pakaian untuknya selama 5 hari. Anda pasti terpegun dengan hasilnya!

Anda memakaikan pakaian kepada anak anda pada setiap hari, bukan? Cuba bayangkan keadaan itu berubah, di mana anak anda pula diberikan kesempatan untuk memilih pakaian anda?

Situasi itulah yang berlaku kepada Summer Bellessa. Untuk tempoh 5 hari, anak lelakinya yang berusia 3 tahun, Rockwell, akan memilih apa yang perlu dipakai oleh ibunya daripada rambut hinggalah ke kaki!

Hari pertama

Pilihan yang hebat : baju t Bob Dylan saya bersama skirt kelabu dan seluar tight. Saya rasa saya akan menjadikan pilihan ini dalam putaran pakaian saya. Bagus, Rock.

Hari kedua

Hari ini merupakan hari kegemaran saya. Seluar sendat bercorak polka dot ini yang dipadankan dengan baju t Mickey ini sangat sepadan. Walaupun saya tidak memakai kasut ini, tetapi saya masih boleh merasai keseronokannya. Saya kelihatan seperti Minnie.

Hari ketiga

Saya terfikir bahawa penampilan saya pada hari ini pasti akan menarik perhatian orang ramai namun alangkah terkejutnya saya apabila tiada seorang pun yang merenung dan memandang saya dengan pelik.

Sebaliknya, terdapat seorang wanita yang memberhentikan saya kerana beliau sukakan stokin saya.

Hari keempat

Pakaian saya ini sedikit mencabar. Rock memilih 3 helai baju t untuk saya…..dan inilah hasilnya. “Ibu tidak boleh keluar dengan tidak memakai seluar” kata Rockwell.

Jadi saya membalas apa kata jika kita gantikan sehelai baju T dengan sehelai seluar?

Beliau turut menarik 2 pasang kasut daripada koleksi simpanan saya. Saya tidak rasa beliau sedar akan kasut yang dipilihnya itu sebenarnya bukan pasangan yang tepat.

Hari kelima

Baju t ini dipilih kerana terdapat corak anak panah padanya, dan Rockwell sukakan anak panah. Beliau juga mencari seluar yang ada corak yang sama tetapi akhirnya memilih seluar jeans.

Beliau turut memilih 2 pasang kasut but, but hujan dan but coklat. Beliau melihatnya dan berkata, “Kedua-dua kasut ini kelihatan mirip, kan?”

Jadi, apa yang ibu Rockwell belajar daripada situasi ini?

“Saya sedar bahawa tidak ramai orang yang begitu menjaga penampilan mereka dan apa yang mereka pakai. Tekanan yang kita berikan kepada diri kita untuk dilihat melalui cara tertentu, hanyalah satu tekanan yang kita sendiri wujudkan.”

“Eksperimen ini mengajar saya supaya cuba mencari masa untuk melakukan sesuatu yang agak lucu dan dungu. Ia ternyata bagus untuk hubungan anda dan anak anda. Jangan pula menganggapnya serius kerana ia hanyalah sekadar pakaian,” akhirnya.

Era Baru

Kategori:Keluarga

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...