Anda pernah membayangkan tiga haiwan berlainan spesies ini boleh menjadi kawan yang baik? Siapa sangka tiga sekawan ini – singa, harimau dan anjing bulldog kini hidup aman dan bahagia bersama-sama, di bawah satu bumbung di Port Elizabeth, Afrika Selatan.

Si singa, Igor sering bermain-main mengheret Hugo, si anjing bulldog berusia dua tahun, dengan tali. Sebaliknya, Hugo juga memainkan peranan seorang bapa untuk mendisiplinkan anak-anak kecil ini.

Ketiga-tiga mereka tidur bersama, makan bersama dan menghabiskan masa bermain dan mengejar satu sama lain semasa acara keluarga mereka, termasuk berjalan dan berenang.

Persahabatan yang menakjubkan di antara ketiga-tiga haiwan ini disaksikan dan didokumenkan oleh penjaga mereka, Or Lazmi, bekas pembantu veterinar dari Israel yang berpindah ke Afrika Selatan untuk mendekatkan diri dengan hidupan liar.

Ketiga-tiga haiwan itu tinggal di Seaview Predator Park pada waktu siang, tetapi tinggal di rumah Or Lazmi pada waktu malam.

“Apabila Ice (harimau putih) pertama kali tiba di sini dia tidak bermain dengan Hugo kerana Hugo terlalu kasar,” kata Lazmi.

“Ketika dia berumur kira-kira lima atau enam minggu, dia sudah mampu bertahan dan kami mula membiarkan mereka berinteraksi dengan kerap dan mereka telah menjadi kawan baik sejak itu.”

Buat masa ini mereka masih boleh berteman baik. Tetapi, apabila masing-masing sudah dewasa hubungan mereka mungkin akan berubah. Ketika itulah Hugo akan terasing dengan mereka kerana mereka adalah pemangsa yang ganas.

“Tetapi kira-kira dalam masa sebulan, mereka pasti akan menjadi lebih besar daripada Hugo- jadi kita perlu melihat bagaimana mereka melayan Hugo,” kata Lazmi.

“Ada kalanya kucing besar memelihara hubungan mereka dengan haiwan kesayangan mereka tetapi kita mesti memantau sejauh mana keadaan ini berlaku,” kata Lazmi. “Jika mereka bersama dan masih bersahabat ia adalah baik-baik saja dan tiada masalah.”

“Tetapi jika mereka mula melihat Hugo sebagai mangsa mereka, maka kita perlu menghentikan interaksi di antara mereka.”

Ini bukan pertama kali Lazmi memelihara harimau dan anak singa. Dia mempunyai pengalaman membesarkan lapan ekor anak harimau dan beberapa ekor anak singa.

Anak-anak haiwan itu dikatakan berinteraksi dengan lebih baik dengan doktor haiwan kerana dia telah dibesarkan di rumah ketika muda.

Tonton video di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kisah hidup mereka!

Era Baru

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds