Seorang lelaki dan ahli keluarganya telah meneroka masa lampau selepas kematian ibu saudara.

Apabila mereka telah mengemas dan membongkar barangan kepunyaan mendiang ibu saudaranya di atas loteng rumah usang di Defiance, Ohio, Amerika Syarikat, mereka telah menemui satu penemuan yang memberi kesan yang amat ketara dalam sejarah sukan negara.

Apabila Jean Hench meninggal dunia pada Oktober 2011, wanita ini telah melantik anak saudaranya, Karl Kissner sebagai pemegang amanah bagi wasiat dan hartanya.

Kredit : YouTube Screenshot | Heritage Auctions

Apabila Karl membuka wasiat ibu saudaranya, beliau menemui beberapa nota tulisan tangan. Salah satunya tertulis, “Karl, apabila kamu memeriksa keseluruhan rumah itu , kamu akan menemui banyak benda yang kamu tidak tahu pun ia pernah wujud.”

Dengan mengetahui ibu saudaranya ini adalah seorang pembuat susuh sederhana, Karl Kissner telah memeriksa keseluruhan barangan yang terdapat di dalam rumah tersebut termasuk barangan kepunyaan datuknya di atas loteng rumah.

Kredit : YouTube Screenshot | Heritage Auctions

Pada bulan Februari 2012, semasa Karl membongkar barangan kepunyaan ibu saudaranya bersama sepupunya, Karla Hench, dengan secara tidak sengaja mereka telah menemui satu bekas berupa kotak kadbod yang sudah berlapuk tertanam di bawah rumah anak patung kayu di atas loteng.

Kredit : YouTube Screenshot | Heritage Auctions

Di dalamnya terdapat satu bekas berwarna hijau di mana terdapat 700 kad besbol yang paling jarang ditemui diikat dengan tali dan kesemuanya masih berada dalam keadaan yang baik dan sempurna.

Kad besbol dengan koleksi terhad dan luar biasa ini mengandungi imej dan nama legenda pemain besbol yang amat dikenali oleh peminat besbol Amerika Syarikat seperti Ty Cobb (1886-1961), Cy Young (1867-1955) dan Honus Wagner (1874-1955).

Kredit : YouTube Screenshot | Heritage Auctions

Karl Kissner tidak pula berasa amat teruja dan meletakkan kotak berisi kad besbol itu ke tepi dan meneruskan kerja pembersihan rumah bersama keluarga dan sepupunya.

Kredit : Wikipedia | Goodwin & Company

Namun begitu, dua minggu kemudian, Karl Kissner telah membawa kad besbol itu dengan membuat sedikit penyelidikan dan penilaian dari pakar dan pengumpul koleksi kad besbol.

Karl mengetahui kad besbol tersebut mempunyai nilai tetapi tidak menyangka yang nilainya berharga JUTAAN RINGGIT!

Setelah diperiksa oleh Chris Ivy dari Heritage Auctions di Dallas, kad besbol ini yang digelar ‘kadbod emas’ oleh penyimpan koleksi kad besbol dianggarkan bernilai di antara RM8 juta hingga RM12 juta.

Kredit : Wikimedia | Davepape

Chris Ivy berkata kepada Reuter, “Kami boleh menyatakan penemuan ini yang dipanggil ‘The Black Swamp Find’ sebagai penemuan paling memberi kesan yang amat ketara dalam sejarah hobi pengumpulan kad besbol.”

Menurut Associated Press, koleksi kad besbol paling unik dan jarang ditemui ini adalah dari musim perlawanan siri tahun 1910 atau E98. Koleksi ini mengandungi imej 30 pemain yang didatangkan dengan gula-gula karamel.

Kredit : Wikimedia | Davepape

Karl Kissner yang masih terkejut dengan nilai penemuan itu berkata, “Ia seperti menemui Mona Lisa di atas loteng.”

Karl mempercayai koleksi kad besbol tersebut adalah kepunyaan mendiang datuknya, Carl Hench yang pernah menjadi penjual daging di bandar Defiance.

Carl Hench dikatakan menerima kad besbol ini daripada sebuah syarikat gula-gula yang telah mengedarkan sekotak kad tersebut bersama keluaran gula-gula mereka.

Kredit : Wikimedia | Davepape

Apabila datuk Karl meninggal dunia pada tahun 1940-an, Jean Hench yang tidak pernah berkahwin telah tinggal di rumah tersebut sehingga beliau meninggal dunia.

Karl Kissner berkata, “Kami fikir mungkin datuk kami meletakkan sahaja kad besbol itu di atas loteng dan terus terlupa akannya kerana tidak pernah menganggap ia berharga dan penting. Ia kekal di situ dengan peredaran masa.”

Keluarga dan waris Jean Hench kini bercadang untuk membahagikan keuntungan yang diperolehi dari penjualan kad besbol ini dikalangan 20 orang sepupu, sebagai menghormati wasiat yang telah ditinggalkan oleh ibu saudara mereka.

Kredit : YouTube Screenshot | Heritage Auctions

Walaupun nilai wang dari penemuan kad besbol itu terlihat agak baik dan lumayan, akan tetapi wasiat yang telah ditinggalkan oleh ibu saudara mereka supaya bertemu dan membersihkan rumah pusaka keluarga mereka telah menyatukan keseluruhan keluarga ini.

Karl Kissner berkata, “Ia bermula dengan perjalanan mengimbau ke masa lampau, dan kemudian ia telah memberi satu detik permulaan kepada memori yang baru. Ini semua adalah satu rahmat dan ia akan berkembang dengan penyatuan keseluruhan keluarga ini.”

Lihat video di bawah.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds