INSPIRASI

Kanak-kanak sampai di sekolah dengan gaya rambut melucukan, namun sebab di sebaliknya membuatkan netizen sebak

Kanak-kanak sampai di sekolah dengan gaya rambut melucukan, namun sebab di sebaliknya membuatkan netizen sebak

Seorang pelajar dari Zhuanshanbao Elementary School di Xinjie Town, Zhaotong City, Wilayah Yunnan sampai ke sekolah dengan rambut yang melucukan. Foto-foto yang telah diambil oleh guru kelasnya pada hari Isnin, 8 Januari lalu telah menjadi viral. Rakan-rakannya mendapati rambut dan keningnya yang dipenuhi embun beku itu sungguh melucukan. Namun pelajar itu mempunyai kisah yang membuatkan netizen sebak.

Kredit: China News Service

Menurut laman berita People’s Daily, ketika kanak-kanak lelaki itu sedang dalam perjalanan ke sekolah, suhu berubah secara mendadak sehingga menjadi negatif hanya dalam masa setengah jam. Biarpun begitu, Fuman nekad untuk meneruskan perjalanan dan sampai ke sekolah. Hal ini kerana hari itu adalah hari pertama peperiksaan akhir.

Tidak terbayang rasanya bagaimana kanak-kanak sekecil 8 tahun itu sungguh cekal untuk meredah kesejukan pada suhu di bawah negatif 10. Tambahan pula dia terpaksa berjalan sejauh 4.5 kilometer selama hampir satu jam!

Kredit: China News Service

Walaupun sekolah menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari untuk pelajar, namun bilik darjah tidak mempunyai bekalan pemanas. Disebabkan itu juga Fuman mengalami frostbite iaitu kecederaan anggota badan disebabkan cuaca yang sangat sejuk selain tangannya menjadi kering dan berkerut.

Kredit: China News Service

Fuman berasal daripada keluarga kurang bernasib baik dan tinggal di rumah lumpur di Ludian bersama kakak dan neneknya. Ayah dan ibunya sudah berpisah. Bapanya bekerja di luar bandar demi menyara mereka sekeluarga sementara Fuman membantu neneknya di kebun. Menurut People’s Daily Online, Fuman berasa sedih kerana sudah beberapa bulan tidak bertemu dengan ayahnya.

Kredit: AsiaOne

Kemiskinan dan ketiadaan ibu bapa di sisi tidak menghalang Fuman untuk belajar malah dia merupakan seorang pelajar yang rajin dan pintar dalam mata pelajaran matematik. Semangat Fuman untuk datang ke sekolah sangat dikagumi netizen.

Ada netizen yang berniat hendak membantu Fuman. Tidak kurang juga netizen yang menggalakkan Fuman untuk belajar bersungguh-sungguh supaya dia dapat mengubah masa depan keluarganya.

Namun ada juga netizen yang memberi komen, “Jarak kemewahan di China terlalu besar. Setiap kali saya melihat berita seperti ini, saya terfikirkan sisi lemah di sebalik kemewahan yang dipaparkan oleh China”.

Sumber: SAYS

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:INSPIRASI

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...