Kita biasa melihat sekumpulan burung terbang di langit biru, tetapi tidak pernah dapat melihat dan merasai pengalaman berada bersama burung yang sedang terbang secara dekat dengan perasaan yang bebas lagi menakjubkan.

Christian Moullec digelar orang ramai dengan panggilan ‘birdman’ atau manusia burung kerana keupayaannya untuk terbang dengan pesawat ringan microlight dan mempunyai perhubungan yang sangat istimewa dengan burung migrasi.

Kredit : liveleak.com

Lelaki berusia 58 tahun ini tidak pernah lokek untuk berkongsi pengalamannya berinteraksi bersama kumpulan burung migrasi dengan orang lain yang mempunyai minat yang sama sepertinya.

Christian yang berasal dari Chantal, Perancis ini memulakan penerbangan bersama burung-burung migrasi pada tahun 1995 dengan tujuan membantu dan memberi panduan perjalanan kepada burung-burung ini ke kawasan habitat yang lebih selamat dan dilindungi.

Tujuan asal Christian pada mulanya ialah untuk melindungi spesies burung migrasi dari diancam kepupusan.

Kredit : youtube.com

Sehingga kini Christian masih lagi mendedikasikan hidup dan tugasnya dalam melindungi, melatih serta memberi panduan kepada anak-anak angsa dan burung untuk terbang bersama kumpulan spesies burung mereka sehingga ke tempat pendaratan yang selamat.

Dan kini, Christian tidak akan keseorangan kerana beliau akan membawa orang perseorangan yang berminat untuk terbang bersamanya dan merasai sendiri pengalaman berinteraksi dengan burung-burung ini secara dekat.

Perasaan ketika terbang bersama burung-burung ini amat menakjubkan dan tidak dapat dibayangkan melainkan dengan merasai pengalamannya sendiri.

Kredit : news.nationalgeographic.com

Melalui rakaman beberapa siri penerbangan Christian bersama burung-burung migrasi ini dan para tetamunya yang amat seronok dan teruja melihat pemandangan luar biasa ini, kita dapat merasakan yang pengalaman berada di awan biru bersama sekumpulan burung yang sedang terbang ini sememangnya menakjubkan.

Anda pasti berasa teringin untuk terbang bersama burung-burung migrasi ini dan merasai pengalamannya sendiri, apabila melihat video siri penerbangan bersama kumpulan burung migrasi yang telah dirakamkan oleh Christian.

Rasai sendiri pengalamannya dengan melihat video di bawah.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds