Anda setuju atau tidak bahawa buah-buahan sememangnya pelengkap kepada diet seimbang manusia. Malah, haiwan juga turut memakan buah-buahan. Semua orang tahu bahawa buah-buahan mengandungi nutrien dan zat yang bermanfaat untuk tubuh kita. Oleh yang demikian, makanlah buah-buahan sebaiknya sebelum anda mula memakan makanan utama anda.

Kepelbagaian jenis buah-buahan yang ada di dunia membuatkan kita sering tertanya-tanya cara yang betul untuk memotongnya. Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak tahu. Oleh itu, kami memilih untuk kongsikan kepada anda cara yang lebih bernas untuk memotong buah delima dengan mudah.

Apa yang anda perlukan hanya buah delima dan sebilah pisau. Jika anda memegang buah delima, anda dapat rasakan terdapat bonjolan pada permukaan sisi buah berkenaan, daripada atas hingga ke bahagian bawah.

Untuk pengetahuan anda, setiap bonjolan yang timbul di sisi buah itu sebenarnya merupakan dinding yang menyimpan isi buah itu di dalamnya.

Setelah mengenalpasti kedudukan bonjolan itu, anda perlu potong pada setiap bonjolan berkenaan sehingga mengelilingi saiz buah itu secara keseluruhannya (Anda dapat lihat potongan anda itu berbentuk heksagon). Sesudah itu, anda perlu memisahkan antara bahagian atas itu dengan bahagian bawahnya. Melalui cara ini, isi buah delima masih lagi dalam keadaan yang baik – tidak terkena bilah pisau.

Selepas itu, anda dapat lihat garisan dinding yang memisahkan bahagian isi di dalamnya. Apa yang perlu anda lakukan seterusnya adalah potong garisan berkenaan daripada atas hingga ke bawah.

Setelah itu, anda hanya perlu tarik saja bahagian yang anda telah potong tadi supaya ia terpisah daripada lapisan dinding di bahagian tengahnya.

Kemudian, buang lapisan dinding itu tadi. TADAAA~ Buah anda telah siap untuk dimakan.

Tonton video di bawah:

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: GAYA HIDUP Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 10 seconds