NASIONAL

Dua penunggang ‘basikal nyamuk’ maut dilanggar kereta di Johor

Dua penunggang ‘basikal nyamuk’ maut dilanggar kereta di Johor

PONTIAN – Dua remaja terbunuh manakala seorang lagi patah bahu apabila sebuah kenderaan Toyota Altis merempuh mereka pada malam Rabu lalu.

Di sekitar Johor, wujud satu budaya dan gejala baharu yang melibatkan sekumpulan remaja menunggang basikal yang diubahsuai menjadi ‘basikal nyamuk’.

Tahun lalu iaitu pada Februari 2017, satu berita mengejutkan negara di mana sebuah kereta Nissan Almera telah merempuh sekumpulan penunggang ‘basikal nyamuk’ sekali gus mengakibatkan kematian lapan orang remaja.

Kemalangan yang menyentuh hati ini segera menular dalam kalangan masyarakat yang mempersoalkan tindakan remaja-remaja tersebut menunggang basikal di laluan lebuhraya pada tengah malam.

Namun beberapa hari yang lalu, insiden yang sama melibatkan kematian dua orang penunggang basikal nyamuk berlaku lagi. Dikatakan sebuah kereta Toyota Altis telah melanggar sekumpulan empat remaja pada jam 11 malam dan menyebabkan dua daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Insiden ini dilaporkan berlaku di Jalan Kampung Maju Jaya, Pekan Nanas, Johor.

Kredit: NST

Menurut saksi kejadian yang dikenali sebagai Fazli Hashim, kejadian berkenaan berlaku sewaktu sekumpulan penunggang basikal berkenaan berada di jalan utama sebelum dia tiba-tiba mendengar satu bunyi dentuman yang sangat kuat.

“Apabila saya menoleh, saya lihat sebuah basikal terbang di udara. Saya berlari ke arah mereka dan mendapati (hanya) seorang yang tidak mengalami kecederaan. Tiga remaja lagi mengalami pendarahan pada kepala mereka”.

Berikutan bunyi dentuman yang kuat akibat pelanggaran tersebut, penduduk setempat segera keluar dari rumah dengan membawa lampu suluh untuk memeriksa keadaan remaja-remaja ini namun mereka tidak ditemui di atas jalan raya.

Kredit: China Press

Sebaliknya, seorang mangsa telah ditemui terbaring di dalam longkang dengan kepala yang berdarah manakala seorang lagi mangsa ditemui di dalam longkang yang berlainan, lapor China Press.

Kredit: China Press

Hasil siasatan mendapati sekumpulan penunggang basikal berkenaan sedang dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing setelah menjalani sesi latihan kompang di rumah rakan mereka.

Kredit: China Press

Mayat dua remaja berkenaan dikenali sebagai Ibnu Ahmad, 16 tahun manakala seorang lagi masih belum dikenalpasti. Mangsa yang ketiga pula mengalami patah tulang bahu. Pemandu kenderaan tersebut pula yang berada dalam lingkungan umur 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kredit: China Press

Nenek kepada Ibnu Ahmad. Bechik Kadasek, 73 tahun memaklumkan bahawa cucunya itu ada bergurau dan menyatakan mahu mengikut arwah datuknya ke kubur.

“Saya tidak sangka gurauannya menjadi kenyataan”.

Kemalangan yang sungguh tragis. Walau apa jua langkah pencegahan yang telah kerajaan lakukan dalam usaha untuk membendung budaya ini daripada terus menular, isu ini (menunggang di tengah laluan utama) tetap berlaku. Diharap tiada lagi kemalangan seperti ini pada masa hadapan.

Sumber: NST

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Kategori:NASIONAL

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA

Pilihan Editor

loading...