Baru-baru ini, penyanyi nombor satu di Malaysia iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza telah berkongsikan khabar gembira mengenai jantina bayi dalam kandungannya.

Terdahulu, beliau telah mendedahkan kehamilannya dan perkara ini mengundang kegembiraan bukan sahaja buat keluarga beliau tetapi juga para peminat dan pihak media.

Mana tidaknya, penantian selama 11 tahun untuk dikurniakan cahaya mata kini menjadi kenyataan yang membahagiakan.

Dalam satu video yang dimuat naik di akaun Instagram beliau, Datuk Siti bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa telah membuat pengumuman bahawa mereka bakal menimang seorang puteri tidak lama lagi.

Malah, kedua-dua pasangan ini turut sempat memohon kepada para peminat agar mendoakan kesejahteraan mereka dan berharap agar segala urusan dipermudahkan.

“Terima kasih di atas ucapan peminat. Doakan agar semuanya selamat. Alhamdullilah, hadiah paling bermakna adalah zuriat yang akan dilahirkan Mac nanti”.

“Doktor sudah mengesahkan anak dalam kandungan adalah seorang puteri,” tambah beliau lagi.

Pada masa yang sama, Datuk Siti turut berdoa agar puteri sulungnya yang bakal dilahirkan itu sentiasa dikurniakan kesihatan sempurna dan menjadi anak yang solehah.

Satu Malaysia tidak sabar untuk menunggu kelahiran bayi pertama pasangan ini. Siapa tahu mungkin puteri mereka bakal menjadi terkenal seperti anak-anak artis yang lain atau memiliki suara yang lunak seperti ibunya.

Sumber: Instagram/ctdk

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share
Kategori: Berita Hiburan VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds