Haiwan yang berlainan spesies juga tahu untuk menyayangi satu sama lain, lebih-lebih lagi haiwan itu telah kehilangan ibu.

Di Homebush Farm, Southern Downs, Queensland, Australia, ditempatkan pelbagai haiwan dengan beberapa spesies yang ada diantaranya telah kehilangan ibu dan menjadi anak yatim.

Jadi apabila pekerja di Homebush Farm menemui seekor anak itik yang bersendirian kerana kehilangan ibu, pekerja ini telah membawa ia ke dalam ladang haiwan ini dan memberinya peluang untuk hidup.

Pemilik Homebush Farm bernama Tamara amat menyukai haiwan dan bekerja dengan haiwan di ladang haiwan ini setiap hari.

Kredit : homebush_farm / Instagram

Apabila beliau menemui seekor anak itik yang telah ditinggalkan ibunya dan hidup bersendirian, Tamara dan keluarganya memutuskan untuk membawa anak itik ini ke Homebush Farm.

Mereka tidak pula boleh menyangka kucing peliharaan mereka di ladang haiwan bernama Unicorn telah mengambil alih tugas menjaga anak itik ini seperti anaknya sendiri. Unicorn terus bertindak menjadi ibu kepada anak itik yatim ini.

Kredit : homebush_farm / Instagram

Anak itik ini dengan segera telah menjadi sebahagian dari keluarga tersebut yang akhirnya diberi nama “Kitty the Duck” atau Kitty si itik.

Kini Kitty the Duck sudah membesar kerana dipelihara dengan baik oleh ibunya, Unicorn. Akan tetapi, satu perkara tidak pernah berubah.

Kredit : homebush_farm / Instagram

Kitty the Duck lebih suka menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga kucingnya. Ia menyangka dirinya adalah kucing kerana ibunya menjaga ia seperti kucing. Tetapi Kitty the Duck tidak boleh mengiau, sebaliknya menguek.

Tiada siapa yang berani dan sampai hati untuk mengatakan yang Kitty the Duck adalah seekor itik. Biarkan sahaja ia menyangka dirinya itu seekor kucing.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds