Kini hospital dan klinik kesihatan pedalaman tidak terpinggir dari kecanggihan teknologi terkini. Sebuah syarikat pembuatan robot di Lembah Silikon Amerika Syarikat telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Rwanda untuk membantu melakukan penghantaran bekalan darah dan ubat-ubatan ke hospital dan klinik kesihatan kawasan pedalaman dengan penggunaan dron.

Dikenali sebagai ‘uber untuk darah’, melalui servis penggunaan dron, teknik canggih ini telah dapat menjimatkan masa dalam situasi kecemasan dan membantu menyelamatkan lebih banyak nyawa yang memerlukan bekalan darah dan ubat-ubatan dengan segera.

Kredit: Stephanie Aglietti/Getty Images

Dron ini telah dapat menyingkatkan masa penghantaran bekalan perubatan ke kawasan pedalaman Rwanda dari masa biasa selama empat jam kepada masa terkini selama setengah jam sahaja.

Kerjasama kerajaan Rwanda dengan syarikat pembuatan robot di Lembah Silikon, Zipline ini telah membuahkan hasil yang membanggakan apabila Kementerian Kesihatan Rwanda melaporkan sebanyak 5,500 unit bekalan darah telah dapat dihantar dengan selamat ke 12 buah hospital pedalaman di Rwanda pada tahun 2017. Kebanyakan bekalan yang dihantar melibatkan situasi kecemasan menyelamatkan nyawa.

Melalui teknik ini, doktor yang bertugas di hospital akan menghantar mesej WhatsApp kepada Zipline dan setelah semua mesej disahkan, pihak Zipline akan menghantar mesej pengesahan menyatakan dron Zip di dalam perjalanan.

Selepas beberapa minit sebelum dron dengan penghantaran bekalan darah dan perubatan tiba ke destinasi, doktor yang bertugas akan menerima mesej penghantaran.

Setelah sampai di lokasi dengan zon yang telah ditetapkan di hospital, dron ini akan melepaskan ikatan bekalan dengan payung terjun khas yang dilengkapi ciri keselamatan.

Kredit: Stephanie Aglietti/Getty Images

Pada masa hadapan, Zipline merancang untuk bekerjasama dengan kerajaan Tanzania untuk melancarkan teknik penghantaran canggih ini dengan penggunaan yang lebih meluas. Zipline mendakwa syarikat mereka sedang mempelopori rangkaian penghantaran bekalan melalui dron yang terbesar di dunia.

Pengasas bersama Zipline merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Keller Rinaudo berkata penggunaan teknologi dron ini akan menjadikan kawasan Afrika Timur sebagai pelopor dalam industri logistik menggunakan dron.

Keller Rinaudo berkata, “Terdapat syarikat rangkaian teknologi yang terbesar dan berkuasa di dunia sedang berusaha untuk mencari jalan memperkembangkan teknologi dron ini di negara mereka. Tetapi Afrika Timur telah mendahului dan akan menunjukkan jalannya.”

Menurutnya lagi, “Kerjasama yang telah diberikan oleh kerajaan Rwanda telah membuktikan kepada dunia bahawa tiada yang mustahil dapat dilakukan apabila kerajaan memberikan komitmen untuk memajukan akses kesihatan dengan penggunaan dron dan mengambil serius dalam hal kesihatan rakyat.”

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds