Tidak dinafikan persahabatan merupakan anugerah yang paling berharga dalam hidup. Ramai kawan datang dan pergi dalam hidup kita. Namun, alangkah bertuahnya jika kita mempunyai kawan yang ditakdirkan bersama-sama kita sepanjang hidup ini.

1. Sarah dan kawan baiknya, Sarah!

Kata Sarah, “Gambar ini di atas diambil sewaktu kami berusia 9 tahun. Kini hampir 20 tahun berlalu dan saya masih menyayanginya! Sarah adalah penyeri hidup saya dan dialah yang menggembirakan saya sewaktu saya dalam kesedihan. Apa yang paling menggembirakan ialah nama kami sama, Sarah!”

2. Carrie (kanan) dan Shannon (kiri).

“Saya dan Shannon berkawan baik sejak dari kecil lagi. Walaupun Shanon muda 3 tahun berbanding saya, tapi kami banyak persamaan.

Namun begitu, apabila meningkat usia kami terpisah kerana meneruskan pengajian di sekolah yang berbeza. Tahun berganti tahun. Saya cuba mencari Shannon di Facebook. Ya semenjak itu kami berhubung semula. Persahabatan kami semakin erat lebih erat daripada dahulu.

Kini hampir setiap hari, kami akan bertukar-tukar berita melalui mesej di Facebook. Saya berasa sungguh bertuah kerana kawan baik saya telah kembali ke dalam hidup saya. Hargailah persahabatan selagi mereka masih ada.”

3. Dari Kiri ke Kanan: Choy Peng, Young Ling, Woan Chyi, Win Son, Kok Wai.

“Kami menggelar diri kami “THE GANG”. Ada di antara kami yang telah berkawan sejak zaman sekolah rendah dan sekolah menengah.

Meningkat usia, kami tidak dapat kerap berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya dan keluarga serta anak-anak. Namun begitu, kami tetap meluangkan masa dan akan keluar makan bersama-sama samaada untuk meraikan hari jadi atau menyambut hari raya,” ujar Choy Peng.

4. Catherine & Ruth teman baik sejak 15 tahun yang lalu.

“Kami telah berkawan sejak 15 tahun yang lalu dan kami membesar bersama-sama. Kami menemui cara untuk menyeimbangkan minat kami terhadap sesuatu perkara.

Kami bersama-sama bersusah payah belajar di kelas biola, tidur lewat malam kerana kami tidak dapat berhenti bercakap mengenai perancangan masa depan. Walaupun kami terpisah beribu batu kerana sekolah yang berlainan, persahabatan kami tidak pernah putus malah semakin kuat.” – Catherine.

5. Janna dan Peggy, 50 tahun berkawan.

“Kami berlainan bangsa, kerjaya dan sikap. Namun begitu, kami masih berkawan baik. Saya sayang kepadanya dan sangat berbangga dengan persahabatan ini.”- Janna

6. Esther dan Shirley, kawan rapat selama lebih 75 tahun.

“Dia umpama kakak saya. Setiap kali berjumpa kami akan bercakap mengenai diri kami dan keluarga masing-masing. Ketawa bersama, menangis bersama, sudah 75 tahun kami berkawan baik.”

7. Michelle and Marcy, kawan baik selama 55 tahun.

“Kami bersekolah di sekolah Hebrew dan pergi ke kem musim panas bersama-sama. Kami menjadi pengapit untuk majlis perkahwinan masing-masing.

Walaupun kami tidak tinggal di negeri yang sama sejak tahun 1983, namun kami tetap berhubung dan persahabatan ini akan kekal selamanya.”-Michelle.

8. Amanda, Eliza dan Linetta.

“Pertemuan pertama kami adalah di padang bola lisut. Sejak dari itu, kami berkawan dan ibu bapa kami sangat menyenangi persahabatan ini.

Walaupun kini kami tinggal berasingan (Utah, California dan Arizona), kami akan meluangkan masa antara satu sama lain. Kejujuran dan sikap mengambil berat adalah tunggak utama dalam persahabatan kami.”-Amanda.

9. 2 rakan ini menikmati aiskrim bersama.

“Foto ini diambil untuk menambah koleksi peribadi kami.” –Bryan.

10. Beverly dan Renee.

“Sebagai orang dewasa, kami telah berkongsi banyak kegembiraan seperti perkahwinan, kelahiran, pelancongan dan pelbagai lagi. Sekarang sudah tiba masanya untuk kami menjaga ibu bapa kami. Mereka masih tinggal di rumah lama.

Apabila pulang ke kampung, kami dapat mengimbau kembali zaman silam kami. Ini sangat mengharukan!”-Beverly.

Era Baru

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds